Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Aidilfitri: Syarikat Diminta Tambah...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan meminta syarikat-syarikat penerbangan menambah bilangan penerbangan domestik khususnya...

Sanggup Tinggalkan Universiti Jadi...

KUALA LUMPUR - Allahyarham Mejar Yazmi Mohamed Yusof, yang terkorban dalam nahas pesawat...

Warga Emas Maut Kereta...

KUANTAN - Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta dipandunya terbabas ke dalam...

Jumlah Kenderaan Di Lebuh...

KUALA LUMPUR - Jumlah kenderaan dijangka meningkat di semua lebuh raya Projek Lebuhraya...

Bayi Perempuan Dibuang Di Hadapan Rumah Di Teluk Kumbar

BALIK PULAU – Selepas 15 minit mendengar tangisan bayi, seorang lelaki bangun daripada tidur dan membuat pemeriksaan sebelum menemukan seorang bayi dibuang di hadapan rumahnya di Kampung Masjid, Teluk Kumbar di sini, malam tadi.

“Saya buka pintu dan nampak bayi itu atas lantai hadapan pintu, saya yang terkejut terus ambil bayi berkenaan dan peluknya kerana mungkin dia kesejukan. Dia hanya dibalut dengan baju sejuk sahaja,” kata Masrol Mohamed Yusoff.

Ketika itu kira-kira pukul 3 pagi dan dia terus memanggil jirannya dan meminta mereka menguruskan bayi perempuan itu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Masrol, 33, yang bekerja di sebuah syarikat pengangkutan dan logistik berkata dia kemudiannya membuat laporan polis.

Katanya sepanjang tinggal di kampung berkenaan sejak 20 tahun lepas, ini merupakan kali pertama kes buang bayi berlaku dan berharap pihak tidak bertanggungjawab itu dapat ditangkap segera.


Pemangku Ketua Polis Daerah Barat Daya DSP Siti Norsalawati Saad berkata bayi yang masih bertali pusat itu telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan dan rawatan.

“Polis sedang mengesan ibu kepada bayi itu,” katanya.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu agar menghubungi mana-mana balai polis bagi membantu siasatan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • bayi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori