Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Had Laju Turun 10...

PETALING JAYA – Had laju Jalan Persekutuan di seluruh negara akan dikurangkan sebanyak...

Foto Keluarga Bahagia Datin...

SIAPA tak kenal dengan figura bergelar pengarah dan penerbit popular Datin Seri Tiara...

Kanak-Kanak Tukar Nama Kepada...

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun akan menukar namanya kepada POPCORN, selepas dia...

Isu ‘Periuk Api Di...

SHAH ALAM : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyelenggara sepanjang 2,132.92 kilometer jalan...

Bekas CEO 1MDB Akan Disiasat Jika Ada Keperluan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang meneliti laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan tidak menolak kemungkinan akan memanggil bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata laporan PAC itu setebal 106 muka surat dan pihak polis memerlukan masa untuk menyemak dengan terperinci dan menurutnya beliau akan memberikan kenyataan bila sudah bersedia.

“Sama ada Shahrol akan dipanggil untuk membantu siasatan hanya akan diputuskan selepas laporan itu diteliti,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pemakaian Lencana Pangkat Pegawai Kanan PDRM, di sini hari ini.

PAC pada Khamis lepas telah membentangkan Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB setebal 106 muka surat di Dewan Rakyat.

Jawatankuasa yang dianggotai anggota Parlimen Barisan Nasional dan pembangkang itu antara lain mengesyorkan pihak berkuasa supaya menyiasat bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB itu dan pihak yang berkaitan dengan pengurusan syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu.


Dalam perkembangan lain, Khalid berkata sebanyak empat kertas siasatan telah dibuka terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas dakwaan membawa campur tangan asing dan hasutan.

“Sebahagian daripada kertas siasatan ini ada yang belum selesai dan ada yang sudah dibawa kepada Peguam Negara namun tiada sebarang keputusan lagi,” katanya.

Sebelum ini, bekas perdana menteri itu mendakwa tekanan asing diperlukan untuk memaksa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berundur kerana saluran untuk mencari penyelesaian dalam negara didakwa ditutup sepenuhnya. – BERNAMA

1 komen

  1. Jadi ramai individu telah membuat aduan mengenai bagaimana penipuan Clara Loans, tetapi saya di sini untuk menjelaskan tuduhan-tuduhan mengenai Clara Pinjaman. Sebab mengapa sesetengah daripada kita telah mendapat pinjaman daripada Claraloan yang lain tidak. Ini mempunyai kerana kesabaran dan ketabahan kebanyakan pelanggan. atas sebab ini, Clara Pinjaman telah membuat keputusan untuk membantu pelanggan dengan kebanyakan daripada kos pentadbiran, hanya jika mereka menyimpan untuk mereka murah dan syarat-syarat syarikat anda. Dengan kadar faedah 3%, syarikat itu ingin untuk tidak mengecewakan pelanggan tetapi pinjaman anugerah kepada pelanggan yang boleh dipercayai. Menghubungi mereka melalui e-mel dan telefon.

    E-mel: [email protected]
    Telefon: +447045730449
    Website: Claraloan.wordpress.com

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori