Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pusat Konservasi Beruang Madu...

SANDAKAN - Pusat Konservasi Beruang Madu Borneo (BSBCC) di Sepilok dekat sini menerima...

Nas-T, Atita Haris Selamat...

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon Nas T dan isteri, Atita Haris yang telah pun selamat...

Hampir Separuh Jemaah Haji...

MAKKAH - Hampir separuh daripada jumlah keseluruhan 30,200 jemaah haji Malaysia bagi musim...

Anwar Tarik Balik Saman...

PUTRAJAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menarik balik...

Bekas Ketua Editor Utusan Melayu, Said Zahari Meninggal

KUALA LUMPUR – Said Zahari, mantan ketua pengarang akhbar Utusan Melayu yang pernah menjadi tahanan politik selama 17 tahun di Singapura era Lee Kuan Yew, meninggal dunia dalam usia 88 tahun pada 12 April.

Agensi berita MediaCorp Singapura melaporkan, anak lelaki sulungnya, Roesman memberitahu akhbar The Star bahawa bapanya itu didapati kembali ke Rahmatullah ketika dalam tidurnya sekitar jam 12 tengah hari Selasa.

Allahyarham, yang dilahirkan di Singapura pada 18 Mei 1928 dan masih warga Singapura; pernah terlibat dalam gerakan anti-kolonialisme ketika dekad tahun 1950-an sehingga 1960-an, menurut laman Singapore Infopedia.

Beliau yang terkenal dengan nama Pak Said mencipta namanya ekoran mengetuai mogok wartawan terbesar pada 21 Julai 1961 bagi membantah keras langkah pihak UMNO mengambil alih pengurusan syarikat Utusan Melayu.

Ironi, Kuan Yew ialan peguam Utusan Melayu yang ditubuhkan pada 29 Mei 1939 di Singapura oleh Tun Yusof Ishak, kemudian menjadi presiden Singapura pertama; dengan ketua editornya waktu itu, Abdul Rahim Kajai.

Protes itu bagaimanapun gagal menyebabkan allahyarham kemudian meninggalkan Utusan Melayu dan menyertai arena politik setelah itu sebelum dilantik menjadi pengerusi Parti Rakyat Singapura pada 1 Februari 1963.

said1

Sehari selepas itu, Allahyarham ditahan pula oleh pihak pemerintah Singapura pada 2 Februari 1963 bersama-sama dengan 116 lagi ahli politik pembangkang dan aktivis kesatuan sekerja tempatan di bawah Operasi Coldstore.

Beliau ditahan tanpa perbicaraan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 17 tahun dan menjadi tahanan politik kedua paling lama di Singapura selepas Chia Thye Poh, pemimpin Barisan Sosialis pro-Komunis.

Menurut laman Infopedia, Pak Said ditahan kerana dituduh terlibat dalam pemberontakan di Brunei serta komplot menggagalkan rancangan penggabungan Malaya, Singapura, Sarawak dan Sabah membentuk Malaysia.

Allahyarham juga dituduh menjadi anggota utama pakatan komunis dan didakwa merancang plot untuk menggulingkan pemerintah Singapura yang ditadbir oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) pimpinan Kuan Yew.

Pada April 1963, Kuan Yew sebagai perdana menteri ketika itu berkata di Dewan Perundangan bahawa Pak Said terlibat dalam komplot “membuat kacau di wilayah Borneo untuk menyekat penggabungan di Singapura.”


Allahyarham ketika itu antara lain ditahan mengikut ISA bersama-sama dengan beberapa ahli politik Singapura iaitu Lim Chin Siog, Dr. Poh Soo Kai, Dr. Lim Hock Siew dan pelajar dari Malaysia, Tan Sri Lim Guan Teik.

utusan
Ibu pejabat syarikat Utusan Melayu di Kuala Lumpur. – GAMBAR HIASAN

Bagaimanapun, pada 1970-an, badan pemantau hak asasi antarabangsa, Amnesty International mengisytiharkan Allahyarham sebagai ‘tahanan teguh pendirian’ kerana prinsip hidupnya yang tidak pernah langsung  berubah.

Pak Said dibebaskan dari Penjara Changi pada Ogos 1979, dan berpindah ke Malaysia untuk tinggal dengan anak-anaknya pada tahun 1980-an, Namun, Allahyarham terus mengekalkan taraf kerakyatan Singapura beliau.

Allahyarham menulis tiga karya mengenai kisah pengalamannya dalam tahanan – Puisi Dari Penjara (1973), Meniti Lautan Gelora: Sebuah Memoir Politik (2001) dan Dalam Ribuan Mimpi Gelisah: Memoir (2006).

Beliau sudah mengalami serangan angin ahmar selama beberapa kali setelah dibebaskan. Selepas hidup bebas, Pak Said menjadi editor beberapa makalah berkala antaranya Asia Research Bulletin dan ASEAN Business Quarterly.

Pada 1996, Allahyarham dilantik sebagai penulis undangan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau dikurniakan dua anak perempuan, Rismawati dan Noorlinda, serta dua anak lelaki, Roesman dan Norman.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori