Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PDRM Yakin Pegawai, Anggotanya...

KOTA BHARU - Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin semua pegawai dan anggotanya akan...

“Syukur Kali Ini Ada...

PASTI semua sudah tahu mengenai berita kehamilan pelakon kecil molek, Nora Danish. Sebelum ini,...

Projek Hidroelektrik Bukan Punca...

TEMERLOH - Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menafikan dakwaan bahawa pembangunan Projek...

Jawatankuasa Bebas Kaji SOP...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa bebas yang ditubuhkan untuk mengkaji prosedur operasi standard (SOP)...

Belum Ada Rancangan Buka RPT Di Kinta – MB

IPOH – Kerajaan negeri tidak bercadang untuk membuka Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) di Daerah Kinta buat masa ini berikutan kekangan tanah kerajaan, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dimaklumkan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir bagaimanapun berkata sekiranya terdapat tanah yang sesuai, kerajaan negeri sedia untuk menimbang pembukaannya.

“Kerajaan tidak tutup RPT tetapi tetap mencari ruang dan peluang (untuk mewujudkannya) jika ada kawasan tanah yang dikenal pasti sesuai.

“Kerajaan negeri juga mengambil pendekatan, jika kawasan yang dikenal pasti kecil, kita akan bangunkan dengan membina rumah teres secara bersambung kerana ia boleh mewujudkan lebih banyak unit,” katanya menjawab soalan Mohamed Ziad Mohamed Zainal Abidin (BN-Manjoi).

Beliau Zambry menjelaskan sekiranya terdapat tanah penduduk yang perlu diambil untuk pembukaan RPT, kerajaan negeri akan membayar pampasan mengikut kesesuaian dan memberi keutamaan kepada mereka untuk mendiaminya.

Katanya sejak RPT diperkenalkan pada 1971, jumlah peserta yang dipilih sehingga kini adalah sebanyak 250,000 keluarga.

Dalam perkembangan lain, persidangan DUN dimaklumkan kerajaan negeri sedang memantau ‘inisiatif tanpa beg plastik’ yang diamalkan setiap hari di Melaka sejak Januari lalu sebelum melaksanakannya di Perak.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri, Datuk Dr. Muhammad Amin Zakaria berkata kejayaan kempen di Melaka terhadap penjagaan alam sekitar akan dijadikan indikator pelaksanaannya di negeri ini.

“Kalau kita dapati ia memberikan indikator positif, maka kita akan menimbang untuk melaksanakannya di Perak,” katanya menjawab pertanyaan lisan Terence Naidu V.Raja @ Raja Naidu (DAP-Pasir Berdamar).


Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohd Radzi berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi (telco) dalam menaik taraf liputan 2G kepada 3G di kawasan tertentu.

“Inisiatif ini dilaksanakan mengikut keutamaan dan peruntukan yang ditetapkan oleh telco,” katanya menjawab pertanyaan Aznel Ibrahim (BN-Pengkalan Hulu).

Bagi tujuan itu katanya, SKMM telah membina lima menara telekomunikasi dengan liputan selular 2G pada tahun lalu di Kampung Pong, Kampung Alai, Kampung Kuak Hulu, Kampung Ayer Panas dan Kampung Lepang Nenering di Pengkalan Hulu.

“Menara itu akan dinaik taraf untuk perkhidmatan 3G yang dijangka siap pada suku keempat 2016, manakala dua lagi menara akan dibina di Kampung Pahit dan dijangka siap sebelum akhir tahun ini,” katanya.

Nolee Ashilin berkata SKMM juga akan menjalankan Ujian Liputan Selular (QoS) sebagai antara langkah mengatasi masalah komunikasi yang sering dibangkitkan penduduk terutama di luar bandar.

“Hasil ujian tersebut akan dibentang kepada syarikat pemberi perkhidmatan bagi membincangkan kaedah penyelesaian,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori