Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Wanita Maut Selepas Makan...

SEORANG wanita meninggal dunia dalam keadaan tragis, iaitu dijangkiti bakteria pemakan daging selepas...

Tolak PAS, PKR Pilih...

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) didakwa telah membuat keputusan tentang kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR)...

Kerajaan Tangani Isu LGBT...

KUALA TERENGGANU – Kerajaan akan mengambil langkah proaktif bagi membendung gejala Lesbian, Gay,...

SPRM Sah Buka Fail...

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan sudah membuka fail...

Berang Kerap Dicuri, Zakar Dewa Hercules Dibuat Mudah Alih

PARIS – Pihak berkuasa Arcachon di Perancis mengambil langkah yang amat mengejutkan sekali gus melucukan apabila berang dengan masalah kehilangan zakar pada patung dewa Hercules di bandar peranginan tersebut.

Datuk bandar Arcachon, Yves Foulon mengaku beliau sendiri sudah muak dengan tindakan pelaku vandalisme yang kerap merosak malah suka mencuri bahagian batang kemaluan daripada patung setinggi tiga meter itu.

Patung Hercules yang berada di Parc Mauresque itu mula didirikan sejak tahun 1948. Selama tempoh tersebut juga, sudah berkali-kali ‘penis’ dewa Greek kuno terkenal anak kepada dewa Zeus itu hilang akibat dicuri orang.

Lucunya setiap kali ia diperbaiki semula oleh pihak berkuasa, tidak lama berselang, bahagian kemaluan sang dewa yang baharu diganti balik itu kemudian didapati lesap lagi secara misteri, menurut laporan media tempatan.

Arcachon yang diasaskan pada 1857 lalu oleh Maharaja Napoleon III terletak 650 kilometer dari barat daya Paris dan amat terkenal kepada pelancong asing dengan pantai landai terbesar benua Eropah sepanjang tiga kilometer.

arachon
Suasana sekitar bandar Arcachon di Perancis. – GAMBAR HIASAN

“Untuk menangani situasi memalukan ini, kami memutuskan untuk segera membuat ‘zakar’ mudah alih yang boleh dipasang dan ditanggalkan khas untuk patung tersebut,” kata Foulon yang dipetik pelbagai akhbar Perancis.

Mengulas lanjut, zakar istimewa yang bukan kekal itu hanya akan dipasang pada patung tersebut jika ada upacara atau acara rasmi sahaja dan ditanggalkan ketika waktu biasa dengan bahagian kemaluan ditutup arca daun zaitun.


“Ini adalah langkah penyelesaian paling bagus, kalau tidak begini, kita hanya menghabiskan banyak waktu semata-mata untuk memperbaiki bahagian anatomi patung itu dan ‘mengejar’ si pelaku vandalismenya,” kata Foulon.

Dalam kisah mitologi Rom, Hercules disembah sebagai dewa sekali gus simbol kekuatan otot manakala dalam mitos masyarakat Yunani purba pula, dia lebih dikenali dengan nama Herakles yang dianggap gagah perkasa.

Namun, sehingga berita ini disiarkan, tidak dinyatakan bagaimana pula bentuk batang dan ukuran panjang serta bahan yang bakal digunakan untuk ‘penis’ sementara Hercules tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori