Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Lawak Mkini Dotcom Cabar...

ALAHAI... Sepatutnya semua pihak bergembira apabila Akta Antiberita Tidak Benar diwartakan dalam usaha...

KWAMP Perlukan Sumbangan Bantu...

KUALA LUMPUR - Sumbangan kewangan yang diterima daripada orang ramai dan syarikat korporat...

Pemeriksaan Mental Suri Rumah...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret Selayang hari ini melanjutkan tempoh pemeriksaan mental selama...

Lelaki Sumbat Anak Saudara...

KUALA KUBU BHARU - Lelaki yang videonya tular kerana memasukkan anak saudara lelakinya...

Biadap Rasis, Tudung Naelofar Disekat Masuk Sebab Melayu!

SINGAPURA – Gara-gara memberi jawapan yang cukup biadap dan berbaur rasis, seorang pekerja Cina di kompleks beli-belah Tampines 1 di sini diarah untuk segera menjalani sesi kaunseling oleh pihak pengurusannya.

Ia susulan kiriman emel yang ‘tidak sensitif’ kepada seseorang peniaga wanita Melayu yang berminat untuk sewa ruang di pusat beli belah itu dimuat naik ke laman Facebook pada 7 April menjadi viral di republik tersebut.

Dikenali hanya sebagai Jen, kakitangan tersebut dilaporkan media tempatan memberi respons negatif kepada permintaan Diana Hairul menyewa ruang kosong di pusat beli belah terletak di kawasan Tampines Central itu.

Menurut laman Facebooknya, Diana, 36; merupakan pembekal tudung jenama Naelofar dari Malaysia malah kini mengadakan pameran selain jualan tudung selebriti itu di Sembawang Shopping Centre dan Bedok Mall di sini.

“Kami tidak berminat untuk mengadakan road show kaum Melayu kerana sasaran utama kami adalah orang Cina,” menurut kiriman e-mel biadap Jen kepada Diana yang kemudian dikongsi menerusi laman Facebooknya.

tampines1

“Oleh itu kami tidak dapat menyewakan ruang itu kepada anda!” Menurut catatan melalui laman Facebook milik Diana, kiriman e-mel tersebut membuatkan dirinya berasa ‘didiskriminasi’ hanya kerana dia berbangsa Melayu.

Sehingga pukul 5 petang 8 April, catatan Facebooknya itu sudah mendapat lebih 1,700 like dan 3,000 share sekali gus mencetuskan bantahan ramai netizen termasuk dari Malaysia yang menyelar e-mel Jen sebagai kurang ajar.

Seorang jurucakap bagi firma AsiaMalls yang menguruskan Tampines 1 memberitahu agensi berita MediaCorp bahawa pusat beli belah itu tidak pernah mempunyai sebarang ‘pecahan profil pembeli rasmi berdasarkan kaum’.

Jurucakap tersebut menambah: “Pusat beli belah kami mengalu-alukan para pelanggan dari semua kaum dan kami tidak mendiskriminasikan sesiapa sahaja tidak kira warna kulit, latar belakang agama atau fahaman politik.”

Menurut pihak pengurusan pusat beli belah itu lagi, kepentingan para penyewa lain akan dipertimbangkan apabila mereka menerima permohonan sedemikian berdasarkan kepada situasi kekosongan ruang niaga yang sedia ada.


diana

AsiaMalls tidak mempertikaikan bahawa pekerjanya bernama Jen memang bertanggungjawab menghantar e-mel rasis tersebut. Tampines 1 dibuka sejak 2009 mempunyai 176 premis kedai dalam bangunan setinggi tujuh tingkat.

“Kami akur bahawa kandungan dalam kiriman e-mel itu tidak sensitif dan kami dengan ikhlas ingin memohon maaf,” sambil menambah bahawa pekerja tersebut sudahpun diberikan sesi kaunseling atas perbuatannya itu.

Menurut AsiaMalls sehingga tengah hari Jumaat, pihaknya masih cuba menghubungi Diana; ibu kepada empat orang anak itu melalui telefon bagi mendapatkan ‘peluang untuk meminta maaf kepadanya secara peribadi’.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen GRC Tampines yang juga Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air Singapura, Masagos Zulkifli, turut menyelar e-mel biadap oleh staf Tampines 1 itu sebagai tidak sensitif serta kurang bijak.

Sambil bersyukur pihak pengurusan AsiaMalls telah memohon maaf secara terbuka dan memberi respons pantas, beliau berharap masyarakat lebih berhati-hati tidak mengulangi lagi isu sedemikian. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Insafi Kisah Nasib Umat Melayu Islam Di Singapura

Lagi: Umat Islam Bertambah, Masjid Meriah Di Singapura

Juga: Hampir 1,000 Memeluk Islam Setahun Di Singapura

Dan: Sultan Johor Tegur Melayu Jadi Arab Tolak Melayu

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori