Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ingatkan Dah Berubah.. Tapi...

Satu ketika dahulu, salah seorang anggota kumpulan lawak Cecupak iaitu Pian pernah menggemparkan...

Lelaki Ditahan Selepas Ragut...

GEORGETOWN - Tindakan pantas seorang wanita menghalang sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki yang...

Malaysia Bina Hubungan, Tidak...

NEW YORK - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia tidak membuat pilihan...

J/kuasa Wakil Tetap Asean...

KOTA KINABALU - Satu daripada mesyuarat persediaan Pemukiman Menteri Luar ASEAN dimulakan dengan...

Bimbang Ideologi Militan Semakin Merebak Pengaruhi Ummah

IPOH – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini menzahirkan kebimbangan dengan penyebaran ideologi untuk menegakkan negara Islam secara militan yang semakin mempengaruhi ummah dan merebak ke seluruh dunia.

Baginda bertitah satu pendekatan yang komprehensif perlu dilaksanakan dalam menangani dan membendung masalah yang melibatkan ideologi, fahaman dan tafsiran.

Titah baginda faktor-faktor yang menjadi daya penarik atau daya penolak sehingga mempengaruhi minda rakyat untuk menyertai pertubuhan sedemikian wajib dikenal pasti, difahami serta dianalisis.

“Faktor-faktor seperti harapan dan ilusi, kekecewaan dan impian, kemiskinan dan penderitaan, kezaliman dan penindasan, dilaporkan antara yang menjadi sebab anak-anak muda terdorong untuk menyertai gerakan sedemikian,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada istiadat pembukaan rasmi Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Perak ke-13 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.

Sultan Perak bertitah lebih membimbangkan ideologi itu turut mempengaruhi pemikiran rakyat di negara ini, malah ada laporan yang menyebut beberapa warga Malaysia terbunuh di negara tertentu.

“Beberapa tangkapan dan tahanan dilakukan. Menangkap dan menahan kalangan yang terlibat menyokong serta menyertai kegiatan militan seperti Daesh belum menjamin masalah telah atau akan dapat diselesaikan,” titah baginda.

Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada agensi keselamatan yang menyempurnakan tugas sebaik mungkin untuk memelihara ketenteraman awam dan menjamin keselamatan negara.

Selain itu, Sultan Nazrin bertitah agensi penguatkuasaan perlu melaksanakan tindakan tegas terhadap pesalah jalan raya ekoran bilangan kemalangan jalan raya di negara ini adalah antara yang tertinggi di dunia.


Titah baginda, di Perak sahaja 36,746 kemalangan berlaku sepanjang tahun 2015 dengan 759 daripadanya adalah kemalangan maut, sementara 588 mangsa mengalami cedera parah.

“Dalam tiga bulan pertama tahun ini, 9,004 kemalangan berlaku di Perak, meragut 180 nyawa, sementara 199 mangsa mendapat cedera parah.”

Menyentuh mengenai cuaca panas akibat fenomena El Nino sekarang, Sultan Nazrin Shah bertitah satu rancangan jangka panjang perlu diwujudkan bagi memastikan bekalan air terjamin.

“Negeri Perak telah mengalami kekurangan di antara 20 hingga 60 peratus taburan hujan sepanjang tiga bulan pertama tahun ini serta mengalami kenaikan suhu antara 0.5 hingga dua darjah Selsius.

“Kekurangan taburan hujan memungkinkan berlakunya pengurangan sumber air pada satu masa nanti.

“Secara purata 612 juta liter air diperlukan setiap hari untuk kegunaan domestik dan 263 juta liter untuk industri,” titah baginda. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori