LEGENDA gusti WWE, Chyna ditemui mati di rumah kediamannya di Redondo Beach, California, Amerika Syarikat kira-kira jam 7.30 malam (waktu tempatan), pada Rabu.
Mayat Chyna atau nama sebenarnya, Joanie Laurer, 46, ditemui dalam bilik tidur oleh rakannya yang secara kebetulan datang menziarahinya.
Hasil siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dikaitkan dengan kematian bintang terkenal itu sebaliknya disyaki berpunca dari pengambilan lebihan ubat.
Ketika era kegemilangan WWE, Chyna ada bergabung dengan seorang lagi bintang, Triple H, sekali gus menjadi anggota asal D-Generation X.
Chyna pernah muncul dalam beberapa rancangan TV realiti sejak dua dekad yang lalu, termasuk ‘Surreal Life‘ dan ‘Celebrity Rehab‘ di saluran VH1. – MYNEWSHUB.CC