Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Rusia Undur Tentera Dari...

MOSCOW : Rusia mula mengundurkan pasukan tenteranya dari Kyiv selepas mengumumkan akan ‘mengurangkan...

Gempa Bumi Di Sicily:...

ROM - Dua puluh lapan orang cedera di Sicily pada Rabu dalam bencana...

Tarian Salsa: UPM Tunggu...

KUALA LUMPUR – Universiti Putra Malaysia (UPM) tidak bertanggungjawab dengan segmen tarian salsa...

Polis Cari Saksi Kejadian...

JOHOR BAHRU - Polis mencari individu atau orang awam yang boleh memberi maklumat...

BN Mampu Rampas 5 Kerusi Cina – NGO Tionghua Sarawak

KUCHING – Usaha berterusan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mendampingi masyarakat Cina dilaporkan telah mewujudkan keyakinan daripada pemimpin komuniti dan tokoh perniagaan kaum tersebut.

Salah seorang daripada badan bukan kerajaan (NGO) berpengaruh Cina tempatan malah menjangkakan, Tok Nan; gelaran mesra untuk Adenan, bakal menawan lima kerusi bandar yang majoriti kaum itu pada hari pengundian.

Perkara itu diakui oleh Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Komuniti Cina Kuching, Dr. Chou Chi Ming yang menjelaskan masyarakat Tionghua telah melalui perubahan pemikiran politik di bawah pentadbiran Adenan.

Akhbar New Sarawak Tribune melaporkan bahawa beliau melihat jumlah kerusi bakal dirampas Barisan Nasional (BN) itu hasil keyakinan kaum Cina melihat Adenan sebagai “ketua menteri untuk semua rakyat Sarawak.”

bn2

Dengan tajuk utama muka depan ‘Swell In Chinese Support For Adenan‘ (Sokongan Cina Menebal Untuk Adenan), Chi Ming meramalkan jumlah kerusi bandar ditawan BN lebih empat berbanding pilihan raya negeri (PRN) lalu.

“Beliau telah melaksanakan semua janji demi faedah penduduk Sarawak. Segala dasarnya untuk kebaikan rakyat Sarawak dan bukan kumpulan kecil kroni tertentu,” kata Chi Ming kepada akhbar itu yang disiarkan pada hari ini.

“Adenan berlaku adil malahan kerajaan beliau juga bersih, cekap dan adil. Kebanyakan pengundi Cina mulai berasa polisi ekonomi dan politik Tok Nan membawa kaum ini kembali kepada arus perdana,” kata beliau lagi.

Enggan menamakan lima kerusi yang akan dirampas semula oleh BN, Chi Ming memberi gambaran positif penerimaan kaum Cina yang majoritinya pengundi kawasan bandar dan selama ini dikuasai wakil DAP.

bn3

Beliau yang juga pernah menjadi Presiden Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian memberi petunjuk daripada 15 kerusi majoriti Cina, hanya satu dimiliki oleh BN iaitu Bawang Assan pada PRN 2011 lalu.

DAP kini cuba mempertahankan semula 12 kerusi dan PKR cuma satu yang dimenangi ketika PRN lalu manakala satu lagi kerusi baharu diwujudkan iaitu Batu Kitang ditandingi PKR walaupun asalnya mahu diberi kepada DAP.

Pemimpin tertinggi komuniti Cina di Kuching, Temenggong Lu Kim Yong dalam pada itu memberitahu New Sarawak Tribune, Adenan banyak mengutarakan isu-isu yang kritikal melibatkan pendidikan kaum tersebut.

Ini termasuk bantuan geran untuk sekolah menengah persendirian Cina dan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang agak kontroversi selain menyebabkan komuniti perniagaan gembira dengan dasarnya.


bn4

“Beliau memberikan kita perasaan amat selesa. Beliau berfikiran luas, amat bertimbang rasa dan prihatin terhadap kepentingan semua kaum,” kata Kim Yong merujuk pengalaman Adenan dalam kerajaan yang cukup lama.

“Sejak mengambil alih jawatan Ketua Menteri kira-kira dua tahun lalu, Tok Nan telah melakukan banyak perkara untuk semua kaum. Ini memberi kelebihan dari segi politik kepada BN pada PRN kali ini,” jelas beliau lagi.

Kenyataan popular Adenan bahawa “orang Cina bukan pendatang” menyentuh kaum Cina kerana mereka telah lama berada di negara ini, ujar Kim Yong yang juga Naib Presiden Persekutuan Persatuan Cina Sarawak.

BN bertarung di kerusi majoriti Cina dengan diketuai komponen Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) selain calon langsung tiket BN yang kebanyakan mereka didapati asalnya memang daripada anggota SUPP sendiri.

bn5

“Adenan melayan baik orang Cina. Dahulu sekolah Cina langsung tiada peruntukan. Untuk berlaku adil, ia satu kerugian besar buat kaum Cina jika tiada wakil Cina dalam kerajaan negeri,” katanya yang juga ahli perniagaan.

Calon BN untuk kerusi kaum Cina ialah Peter Pau (Padungan), Milton Foo (Pending), Sih Hua Tong (Batu Lintang) di Bandar Kuching, Wilfred Yap (Kota Sentosa), Lo Khere Chiang (Batu Kitang) dan Senator Datuk Dr. Sim Kui Hian (Batu Kawah) di Stampin.

Datuk Seri Huang Tiong Sii (Repok) dan Ding Kuong Hing (Meradong) di Sarikei, Chieng Buong Toon (Bukit Assek) dan Datuk Tiong Thai King (Dudong) di Lanang, Datuk Seri Wong Soon Koh (Bawang Assan) dan Datuk Janet Lau (Palawan) di Sibu.

Datuk Pau Chiong Ung (Tanjong Batu) di Bintulu, serta Datuk Sebastian Ting (Piasau) dan Datuk Hii King Chiong (Pujut) di Miri. – Mynewshub.cc/HAA

#PRNSARAWAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori