Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Sasaran 85% Keluar Mengundi...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan 85 peratus daripada pengundi berdaftar akan...

Neelofa Mahu Lelaki Lebih...

BARU-baru ini Neelofa ada mengeluarkan kenyataan bahawa dia mulai risau jika tidak bertemu...

Ahmad Bashah Angkat Sumpah...

ALOR SETAR - Majlis angkat sumpah Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah sebagai...

Agong Hadiah Madu Pada...

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menghadiahkan sebekas madu kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

BN Tidak Terima Calon Bebas, Kata Najib

MIRI – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) tidak akan menerima calon Bebas sebagai anggotanya walaupun mereka menang pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11), 7 Mei ini.

Perdana Menteri berkata, calon Bebas tidak boleh berbuat apa-apa jika mereka menang sekalipun.

“Jadi, kita ada dua calon yang kita boleh sokong iaitu calon langsung BN di Bekenu (Rosey Yunus) dan calon BN di Lambir, Ripin Lamat,” katanya ketika

mengadakan perjumpaan dengan kira-kira 2,300 penduduk tempatan di Sibuti, Bekenu, 50km dari sini, hari ini.

Rosey dan Ripin turut hadir pada majlis tersebut.


Rosey, penyandang kerusi itu akan ditentang calon PKR dan dua calon Bebas, manakala Ripin berdepan calon Pas dan PKR.

Najib turut merasmikan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Sibuti, yang merupakan RTC kedua di Sarawak selepas RTC Betong. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori