Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kertas Putih Reformasi Sistem...

PUTRAJAYA : Satu Kertas Putih berkaitan pemerkasaan sistem kesihatan akan dibentangkan di Parlimen...

Lelaki Ditipu Sindiket Pinjaman...

KEPALA BATAS - Seorang lelaki bukan sahaja kerugian RM2,680 kerana ditipu sindiket yang...

VTL Darat Malaysia-Singapura Tidak...

JOHOR BAHRU: Tiada gambaran pembukaan sempadan antara Malaysia dan Singapura menerusi Laluan Perjalanan...

Kafa Seru Penyokong TRW...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) meminta penyokong The Red Warriors...

Bomba Terus Pantau Keadaan Di Hutan Simpan Gunung Korbu

SUNGAI SIPUT – Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak akan terus memantau keadaan di Hutan Simpan Gunung Korbu, Perlop dekat sini bagi memastikan tiada kebakaran baharu berlaku.

Ketua Operasi Zon Satu Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Ruhisha Harris berkata pihaknya berjaya mengawal kebakaran hutan seluas 1.6 hektar pada 6 petang semalam.

“Bomba menerima panggilan pada 4.37 petang semalam sebelum sepasukan 16 anggota dari Balai Bomba Sungai Siput bergegas ke tempat kejadian.

“Sebaik sampai, kami mendapati kebakaran berlaku secara bertompok-tompok di kawasan itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Ruhisha berkata operasi memadam kebakaran turut dibantu 10 anggota Jabatan Perhutanan dan tujuh pekerja ladang kelapa sawit berhampiran.

Beliau berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan kebakaran itu berpunca dari kebakaran di ladang berhampiran. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori