Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Farid-Diana Zahirkan Sayang Di...

ADAT berumahtangga, pasti ada pasang surutnya. Bertikam lidah dan berselisihan faham itu perkara...

Pili, Pancuran, Mesin Basuh...

CYBERJAYA — Pili air, pancuran mandi dan mesin basuh antara produk wajib memiliki...

Sharbinee Akan Kembali Bersama...

KUALA NERUS - Penjaga gol utama pasukan Terengganu, Mohd. Sharbinee Allawee Ramli dijangka...

Bolt Tunai Impian Ceburi...

PELARI pecut yang digelar 'manusia terpantas dunia', Usain Bolt mengumumkan bahawa dia akan...

Buih Misteri Penuhi Jalan Selepas Gempa Bumi Di Jepun

PENDUDUK di bandar Fukuoka gempar selepas jalan-jalan di bandar berkenaan dilitupi dengan lapisan buih misteri, selepas dua gempa bumi melanda Jepun, pada Khamis dan Sabtu lalu.

Gambar-gambar lapisan buih yang tidak diketahui puncanya itu dan tidak dapat diterangkan dengan jelas telah memenuhi media sosial.

Ramai yang membuat spekulasi bahawa gempa bumi berkenaan telah menyebabkan paip air di bawah tanah telah pecah.

Misteri buih itu berlaku tatkala penduduk di kawasan berkenaan bangun pagi Ahad dan selepas mereka baru sahaja pulih daripada gempa bumi yang melanda, hingga mengorbankan lebih 41 orang manakala 1,500 lagi mengalami kecederaan.

jepun

Pihak berkuasa menjangkakan angka kematian akan meningkat.

Gempa bumi pertama berlaku pada hari Khamis lalu dengan kekuatan 6.4 magnitud dan bencana yang kedua berlaku pada Sabtu dengan kekuatan 7.3 magnitud.


Ia mengakibatkan 140,000 rumah terputus bekalan air manakala 200,000 lagi terpaksa bergelap.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe menyatakan pasukan keselamatan kini sedang bergelut bagi mencari mangsa yang mungkin masih hidup dan terperangkap di celah bangunan.

“Tiada yang lebih penting daripada nyawa manusia dan kini kita sedang mengejar masa. Saya mahu aktiviti menyelamat dilakukan dengan apa cara sekali pun,’’ katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori