Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Trafik Lancar Di Lebuh...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di semua lebuh raya utama negara lancar dan...

Al-jufferi, Pandelela Olahragawan, Wati...

PUTRAJAYA - Pesilat Mohd Al-Jufferi Jamari dan ratu terjun Pandelela Rinong Pamg masing-masing...

SPAD Sedia Platform Sama...

PETALING JAYA - Pengguna pengangkutan awam tidak lama lagi bebas untuk memilih perkhidmatan...

Lambakan Siswazah Pendidikan: Apa...

KUALA LUMPUR - “Benar, hampir setahun setengah juga saya menunggu untuk terima panggilan...

PRN: Calon Muda Melayu Anak Emas DAP Fitnah Terbuka PM

KUCHING – Mungkin terdesak kerana melihat sambutan ceramah DAP sejak kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) bermula Isnin lalu kurang penonton, seorang calon DAP sanggup membuat fitnah kepada pemimpin negara.

Pembohongan secara terbuka Abdul Aziz Isa yang bertanding untuk kerusi baharu Batu Kitang daripada asalnya di Stakan; benar-benar mengejutkan ramai pihak termasuk dalam kalangan ahli tegar parti pembangkang itu sendiri.

Ketika berceramah di dataran terbuka Travillion Mall di sini malam Selasa, Abdul Aziz dengan angkuh mendakwa konon Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal menaikkan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Langkah tersebut kononnya dijangka dilaksanakan jika Barisan Nasional (BN) menang besar pada PRN kali ini sekali gus menyeru 17,494 pengundi berdaftar di kerusi majoriti kaum Cina itu memilih calon pembangkang.

Begitulah pembohongan dahsyat anak muda Melayu berusia 26 tahun itu semata-mata dahagakan kuasa politik di dunia dan lebih teruk, dia sanggup tergamak menipu pengundi dengan memfitnah langsung Perdana Menteri.

aziz
Suasana hambar ketika Abdul Aziz Isa berceramah pada kempen DAP untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak di Kuching baru-baru ini.

Dengan gaya angkuh, pembantu pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen itu mendakwa konon GST akan dinaikkan sehingga 10 peratus daripada enam peratus sekarang, sesuatu yang nyata satu pembohongan fakta.

Beginikah cara politik kotor DAP dan beginikah akhlak terpuji Abdul Aziz sudah berani berdusta secara terang sebelum pun dia dipilih rakyat menjadi Yang Berhormat di Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 7 Mei depan?


Sesungguhnya amatlah malang jika dia menjadi wakil rakyat kerusi tersebut kerana memiliki moral yang sebegini sanggup mengejar habuan dunia fana sehingga lupa balasan dosa pahala dan syurga neraka di alam akhirat sana.

Kerusi Batu Kitang mendapat tumpuan ramai pada hari penamaan calon kerana DAP berjaya ‘menikam’ PKR apabila meletakkan calonnya bertanding di situ konon bancian mereka mendapati penduduk lebih gemar DAP.

PKR meletakkan calonnya, Voon Shiak Ni, seorang peguam wanita untuk menentang calon BN, Lo Khere Chiang serta dua orang lagi calon bebas, iaitu Sulaiman Kadir dan Datuk Seri Othman Bojeng. – Mynewshub.cc/HAA

#PRNSARAWAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori