Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Bekas Setiausaha JMB Didakwa...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas setiausaha Badan Pengurusan Bersama (JMB) sebuah kondominium mengaku...

Gempa Lombok Dedah Lokasi...

BONGKAR... Kejadian gempa kuat di Lombok, Indonesia baru-baru ini yang ragut ratusan nyawa,...

Proton Waja Terbakar, Warga...

SHAH ALAM - Tindakan pantas orang ramai berjaya menyelamatkan seorang lelaki warga emas daripada...

Ultraman Sambut Murid Tahun...

WAH! Semakin kreatif guru-guru di Malaysia yang tampil dengan cara tersendiri bagi menarik...

CCRIS Penganiayaan Kepada Peminjam PTPTN

SHAH ALAM – Pemuda Pas memandang serius terhadap nasib 1.25 juta peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang telah disenaraikan dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS).

Naib Ketua Pemuda Pas‎, Ir Khairil Nizam Khirudin menyifatkan ia satu bentuk penganiayaan kepada peminjam PTPTN.

Beliau berkata, PTPTN sepatutnya faham majoriti daripada 1.25 juta peminjam adalah golongan generasi muda yang baharu menamatkan pengajian universiti awam dan swasta.

Katanya, golongan tersebut sepatutnya diberikan lebih masa untuk mendapatkan pekerjaan sesuai sebelum memulakan pembayaran balik pinjaman tersebut.

“Berpandukan syarat yang ditetapkan, kesemua peminjam PTPTN perlu mula membayar balik pinjaman dalam tempoh enam bulan selepas mereka menamatkan pengajian dan jumlah bayaran perlulah mengikut jadual yang telah ditetapkan.

“Persoalannya, inilah dilema besar yang dihadapi anak muda. Tidak ramai graduan yang mendapat kerja seawal tempoh tersebut dan jumlah pendapatan bulanan yang diterima masih belum cukup untuk menampung kos sara hidup,” katanya menerusi kenyataan.

Merujuk kepada indeks pengangguran negara, kadar pengangguran meningkat daripada 3.1 peratus pada Januari 2015 kepada 3.4 peratus pada Januari 2016.


Laporan dari Jabatan Statistik Malaysia melaporkan bahawa kini terdapat 14.6 Juta tenaga kerja dalam negara dengan 501 ribu individu lagi masih tiada pekerjaan. ‎

Tambahnya lagi, peminjam yang tersenarai dalam CCRIS akan berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan kelulusan permohonan pinjaman seperti termasuk peribadi, perumahan, kenderaan dan lain lain.

“Kami bukanlah menggalakkan orang yang berhutang tidak perlu membayar pinjamannya, tetapi mengharap kerajaan bertimbang rasa dan lebih bijaksana dalam menyelesaikan isu ini,” katanya lagi. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori