Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kesesakan Teruk Akibat Nahas...

JOHOR BAHRU - Kemalangan membabitkan sebuah treler di Kilometer 8.5 Jalan Johor Bahru-Ayer...

UMNO Johor Yakin Tiada...

JOHOR BAHRU - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Hasni Mohammad yakin tiada...

AFC Pilih Malaysia Tuan...

PEMINAT bola sepak tempatan menerima berita gembira apabila Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC),...

3 Lelaki Lindungi 58...

KOTA TINGGI: Seorang penyelia dan dua penjaga kilang ditahan kerana melindungi 58 pendatang...

CGN ‘Edra Baharu’ Bina Ibu Pejabat Serantau Di Malaysia

KUALA LUMPUR – China General Nuclear Power Corp (CGN), syarikat tenaga bersih terkemuka dunia akan menubuhkan ibu pejabat serantaunya di Malaysia yang akan dikenali sebagai CGN South-East Asia Company.

“Syarikat itu akan meningkatkan pembangunan dan pelaburan dalam tenaga bersih di rantau ini,” kata Presiden CGN, Zhang Shanming pada majlis pelancaran ‘Edra Baharu, Babak Baharu’ di sini, hari ini.

Acara yang dianjurkan CGN itu menyaksikan syarikat berkenaan membuat penampilan awam pertamanya sebagai pemegang saham baharu Edra di Malaysia.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron serta wakil Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Bank Negara Malaysia serta Majlis Tenaga Malaysia.

Duta China ke Malaysia, Dr. Huang Huikang; Duta Mesir ke Malaysia, Salah Mohi Eldin Elwassimy; wakil-wakil asing, ketua korporat industri, wakil pelabur China dan lebih 100 tetamu hadir sama pada majlis berkenaan.

CGN adalah kumpulan tenaga antarabangsa yang memberi tumpuan kepada tenaga bersih.

Ia telah membangunkan projek berkaitan tenaga solar, tenaga angin, biomass dan gas di seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat (AS), Australia, Singapura, Korea Selatan, Britain, Perancis dan beberapa buah negara lain.

Syarikat itu mempunyai kapasiti terpasang lebih lapan juta kilowatt tenaga angin dan lebih 1.2 gigawatt tenaga solar.

Bagi tenaga nuklear, kapasiti terpasang daripada projek yang sedang laksana serta di dalam pembinaan dijangka mencapai lebih 32.4 gigawatt.

Pada 23 November 2015, selepas pusingan ketiga bidaan antarabangsa, CGN dan Edra Global Energy Berhad akhirnya menandatangani perjanjian jual beli saham.

Urus niaga itu selesai pada 23 Mac 2016 di mana CGN menjadi pengeluar tenaga bebas terbesar di Korea Selatan, Mesir dan Bangladesh, yang meningkatkan kapasiti terpasang syarikat berkenaan kepada 8.85 gigawatt.

Menurut beberapa laporan, lembaga pengarah baharu Edra ditubuhkan pada 23 Mac.

CGN telah melantik wakilnya, Lin Jian, sebagai pengerusi manakala bekas presiden Edra, Datuk Mark Ling terus berkhidmat sebagai presiden baharu.

Syarikat itu akan mengekalkan semua kakitangan sedia ada Edra dalam usaha menggunakan sepenuhnya kepakaran dan sumber mereka, kata kenyataan itu.

Zhang berkata, pasukan Edra kaya dengan pengalaman pengurusan serta kualiti profesional yang menjadi asas kukuh untuk pembangunan fasa seterusnya.


“Sumber manusia Edra adalah aset paling penting syarikat. Mereka juga adalah sumber berharga untuk keluarga besar CGN dengan kemasukan Edra,” katanya.

Zhang juga berkata;ƃā€šĆ‚Ā “CGN akan menegakkan prinsip mengglobalisasikan bakat serta menyetempatkan tenaga buruh bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dalam usaha membantu dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara.”

Menurutnya, CGN amat komited dalam mengukuhkan kerjasama dengan rantaian bekalan tempatan, mengambil kira sepenuhnya keperluan dan sumbangan tempatan kepada ekonomi setempat.

Beliau memberi contoh bagaimana Projek Lombong Uranium Husab kumpulan itu di Namibia dijangka meningkatkan keluaran dalam negara kasar Namibia sebanyak lima peratus dan meningkatkan eksport sebanyak 20 peratus apabila ia memulakan perlombongan tahun ini.

Lapan puluh tujuh kakitangannya adalah penduduk tempatan manakala kakitangan antarabangsa pula enam peratus.

Menurutnya, Edra hanya menyumbang 14 peratus daripada jumlah kapasiti penjanaan domestik.

Berikutan itu, kata Zhang, ia menjadi tanggungjawab Edra baharu dan keutamaan pengurusan Edra untuk memastikan bekalan tenaga yang selamat dan stabil.

Dengan Malaysia terkenal sebagai negara pelbagai industri sedang muncul di Asia dan ekonomi sedang muncul di dunia, CGN yakin mengenai pembangunan masa depan bekalan tenaga di negara ini.

Disebabkan ini CGN memutuskan untuk mendirikan ibu pejabat rantau Asia Tenggaranya di Kuala Lumpur dan pada masa sama meneruskan kerjasama dengan negara-negara di rantau ini.

Pada masa ini, CGN telah membangunkan beberapa projek tenaga solar, tenaga angin, biomas dan tenaga gas di pelbagai negara termasuk AS, Australia, Singapura, Korea Selatan dan Eropah.

Ia mempunyai empat syarikat tersenarai, iaitu tiga di Hong Kong dan satu di Shenzhen.ƃā€šĆ‚Ā – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori