Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Ahmad Bashah Dijangka Kembali...

SUNGAI PETANI - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dijadual...

1.2 Bilion Penonton Dari...

KUALA LUMPUR - Sejumlah 1.2 bilion penonton dari 115 negara dijangka menyaksikan secara...

Filem Kisah Mona Fandey...

TIDAK pernah ditayangkan sebelum ini, Filem 'Dukun' arahan Dain Said yang ditangguh tayangannya...

LHDN Benarkan Tangguh Bayaran...

LEMBAGA Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), membenarkan penangguhan bayaran anggaran cukai bagi tempoh...

Cite Zone Mampu Lahir Modal Insan Berinovasi Dan Kreatif

SINTOK – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) yakin pelaksanaan program Creative Industry Talent Empowerment Zone (Cite Zone) mampu melahirkan modal insan yang berbakat, berkualiti, berinovasi dan kreatif.

Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Seri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad berkata ia selaras dengan objektif Pelan Pembangunan Modal Insan Dasar Industri Kreatif Negara bagi memantapkan keupayaan pembangunan modal insan.

“Saya yakin Cite Zone mampu memantapkan keupayaan pembangunan modal insan industri kreatif melalui kepakaran, pembelajaran dan peluang berkreatif.

“Tanpa komitmen dan semangat juang yang tinggi, kita tidak akan mampu melangkah jauh dalam dunia yang penuh mencabar dan Insya-Allah dengan kerjasama semua, kita akan menuai hasilnya tidak lama lagi,” katanya pada majlis penutup program itu di sini Selasa malam.

Teks ucapannya dibacakan Setiausaha Bahagian Pembangunan Kandungan kementerian Nik Kamaruzaman Nik Husin dan perasmian penutupan program disempurnakan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak.

Seramai 30 peserta menghadiri program yang bermula sejak Sabtu lepas itu.

Program itu diisi dengan ucaptama kreatif, forum, seminar dan bengkel yang membolehkan kesemua peserta berkongsi maklumat, idea, pengalaman dan kepakaran dalam bidang industri kreatif.

“Secara peribadi saya beranggapan bahawa kerjasama ini seharusnya dijadikan sebagai titik permulaan ke arah pencapaian yang lebih hebat. Sokongan dari pihak kementerian, universiti dan penggiat industri kreatif tempatan adalah penting untuk melahirkan pelapis dan peneraju industri ini pada masa hadapan,” kata Sharifah Zarah.


Sementara itu Mohamed Mustafa ketika berucap berkata industri kreatif mampu maju dan mengangkat martabat negara ke peringkat dunia.

“Jadikan contoh kejayaan filem animasi Upin dan Ipin dan diharapkan pelajar perlu lebih serius dalam bidang ini,” katanya.

Beliau berkata Cite Zone mampu melahirkan tunas baharu yang dapat meningkatkan kemahiran, pengalaman tenaga kerja industri kreatif dan yang lebih utama dapat menjana idea yang lebih dinamik.

Program itu adalah anjuran bersama KKMM dan Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi UUM. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori