Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Lapah Mayat, Makan Hati,...

MOSCOW - Seorang lelaki yang digelar pontianak selepas meminum darah rakan kolej yang...

3 Suspek Kes Pecah...

BINTULU - Polis menangkap tiga suspek lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam kes pecah...

ADUN BN Tolak Peruntukan...

SHAH ALAM - Semua 12 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional Selangor...

Donald Trump Arah Kajian...

WASHINGTON - Presiden Donald Trump sebentar tadi menandatangani perintah eksekutif pertamanya, dengan mengarahkan...

Cuaca Panas: Kelas Tambahan Bagi Selesaikan Sukatan Pelajaran

KUALA LUMPUR – Sekolah yang ditutup akibat cuaca panas melampau, perlu mengadakan kelas tambahan bagi memastikan pelajar mereka dapat menghabiskan sukatan pelajaran.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan berkata pihak sekolah dan guru-guru telah dimaklumkan berhubung perkara itu dan mereka perlu menggunakan ruang yang ada bagi mengadakan kelas tambahan.

“Selain itu, ada beberapa buah sekolah telah memulakan proses ‘virtual learning environment’ iaitu kaedah pembelajaran di rumah dengan menggunakan teknologi terkini bagi mendapatkan maklumat.

“Setakat ini penutupan sekolah (akibat cuaca panas) dilihat tidak menjejaskan aspek pembelajaran keseluruhannya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rumah Terbuka Tahun Baharu Tamil 2016 di Asrama 1Malaysia, di sini, hari ini.

Fenomena El Nino yang melanda negara sejak Januari lepas menyebabkan beberapa sekolah, antaranya di Perlis, Kedah dan Pahang, yang mencatatkan suhu melebihi 37 darjah celsius lebih 72 jam, ditutup sementara.


Mengulas cadangan Senator Datuk Mohd Suhaimi Abdullah supaya bilik darjah dilengkapi penghawa dingin, Kamalanathan berkata ia bergantung pada keadaan kewangan kementerian itu.

“Sekiranya ada kewangan yang baik, pasti akan dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata kebanyakan sekolah yang memiliki penghawa dingin ketika ini adalah sumbangan daripada pihak ibu bapa atau Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah terbabit. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori