Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

PRK Sg. Besar: Budiman...

SUNGAI BESAR - Calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi bagi pilihan raya...

600 Kedai Runcit Ditransformasi...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 600 kedai runcit seluruh negara akan dinaik taraf untuk...

Lebih 50 Maut Kejadian...

LOS ANGELES - Sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh dan lebih 200 lagi cedera dalam...

Video Promosi Tahun Melawat...

PETALING JAYA - Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dibuat semula dengan...

Cuaca Panas: Kerajaan Pahang Akan Bantu Penternak Ikan Sangkar

KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang akan menghulurkan bantuan kepada penternak ikan sangkar yang terjejas akibat fenomena El Nino yang sedang melanda negara.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata beliau akan mengarahkan jabatan perikanan negeri mendapatkan maklumat lengkap berhubung mereka yang menghadapi masalah itu.

“Kita akan minta jabatan perikanan buat taksiran. Sedikit sebanyak kita akan membantu sebagai tanda simpati,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pahang 2020: Invest Kuantan di sini, Sabtu.

Adnan berkata demikian semasa diminta mengulas mengenai aduan penternak ikan sangkar di Jerantut, Temerloh dan Pekan yang mendakwa menanggung kerugian selepas ikan patin dan tilapia peliharaan mereka mati akibat cuaca panas.


Penternak ikan sangkar di Kampung Jerantut Feri dan Kampung Lada, Jerantut mendakwa mereka kerugian RM50,000 dalam tempoh seminggu kerana ikan spesis itu tidak mampu hidup dalam suhu air yang tinggi selain menghadapi masalah air Sungai Pahang yang semakin surut.

Adnan juga memaklumkan bahawa bekalan air di negeri ini masih berada dalam keadaan terkawal menyebabkan tiada keperluan untuk mencatu bekalan air selain Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) sentiasa mengawasi perkembangan berkaitan air. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori