Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Dibaling Pembaris, Pelajar Tingkatan...

JOHOR BAHRU - Hanya gara-gara menegur rakan sekelasnya berbuat bising, seorang pelajar tingkatan...

T-Team Tewaskan Kedah Untuk...

KUALA LUMPUR - Wakil Liga Super, T-Team menjadi pasukan terbaharu mengesahkan slot ke...

Berjasa Sertai PAS, Ikatan...

NYARIS diambil alih Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bulan lalu, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia...

Budak 5 Tahun Tersekat...

LAGI kes melibatkan kanak-kanak di China tersangkut. Kali ini kepala seorang budak berusia...

Cuaca Panas: Orang Ramai Dinasihat Lebihkan Pengambilan Air

SEGAMAT – Orang ramai dinasihat agar melebihkan pengambilan air berikutan cuaca panas yang menyebabkan peningkatan haba, dijangka berlarutan sehingga Jun ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata keadaan dalam beberapa hari ini memperlihatkan haba kian meningkat ekoran kedudukan matahari yang berada tepat pada garisan Khatulistiwa.

“Keadaan ini akan memberi kesan yang lebih tinggi kepada isu haba di negara ini, oleh yang demikian orang ramai dinasihatkan agar terus mengambil air dalam kuantiti yang banyak secara berterusan walaupun tidak merasa dahaga,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan cek bernilai RM100,000 kepada pihak pengurusan Gereja Katolik St. Philip di sini hari ini.

Subramaniam yang juga anggota Parlimen Segamat turut menasihatkan orang ramai agar mengurangkan aktiviti luar pada musim ini, khasnya pada waktu siang bagi mengurangkan kesan peningkatan haba.

Beliau juga mengingatkan rakyat Malaysia agar lebih berjimat dalam penggunaan air memandangkan cuaca panas dijangka berlarutan beberapa bulan lagi.

“Semua rakyat perlu bekerjasama dengan tidak membazir air kerana daripada kajian secara perkapita, rakyat di negara ini banyak mengunakan air berbanding negara jiran Thailand dan Singapura,” katanya.


Mengulas mengenai kejadian kes strok haba sejak kebelakangan ini, Subramaniam berkata keadaan tersebut terkawal walaupun masih terdapat beberapa laporan kes.

Menurut beliau, kesemua pesakit juga berjaya pulih selepas diberi rawatan oleh pihak hospital.

“Kes strok haba semakin berkurangan apabila orang ramai mula mendapat kesedaran dengan mengamalkan pengambilan air secara berterusan dan mengurangkan aktiviti di luar,” katanya.

Kes strok haba yang pertama berlaku di Segamat pada 17 Mac lalu apabila pelatih konstabel lelaki, Azizan Ayob, 23, meninggal dunia akibat strok haba ketika menerima rawatan di wad Hospital Daerah Segamat (HDS) . – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori