Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Ekonomi Negara Diunjur Catat...

KUALA LUMPUR - Ekonomi negara diunjur kembali pulih antara 6.5 hingga 7.5 peratus...

Dewan Rakyat: Tempat Duduk...

KUALA LUMPUR - Berlaku perubahan tempat duduk dalam kalangan beberapa Ahli Parlimen blok...

Guru Nila Setitik, Rosakkan...

PORT DICKSON - Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof merasa kesal...

‘Hanya Ini La Bakti...

BERANANG - ā€œPenat macam mana pun, saya mesti lari jenguk ayah sekejap sebab...

Cuaca Panas Punca Ular Cari Tempat Sejuk – Perhilitan

PUTRAJAYA – Dua kes membabitkan haiwan berbisa di sekolah rendah sepanjang minggu ini membuka mata masyarakat tempatan mengenai isu perubahan iklim sejagat.

Satu kes di Kelantan dan satu lagi kes di Negeri Sembilan membabitkan pelajar dipatuk haiwan berbisa dipercayai ular di dalam kawasan sekolah menunjukkan bahaya baharu yang muncul berikutan iklim panas sekarang ini.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) menasihatkan masyarakat lebih berhati-hati dengan kemunculan haiwan liar atau berbisa mencari perlindungan daripada cuaca panas terik sekarang.

Timbalan Ketua Pengarah PERHILITAN, Fakhrul Hatta Musa berkata cuaca panas bukan sahaja memberi banyak kesan kepada kehidupan manusia malah turut memberi kesan keatas kehidupan haiwan buas.

Katanya lagi, haiwan-haiwan liar atau berbisa akan keluar dari habitat masing-masing kerana mereka juga tidak tahan dengan keadaan cuaca panas yang keterlaluan.

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œKebiasaannya haiwan seperti kera atau haiwan berbisa seperti ular, lipan dan kala jengking akan mencari tempat-tempat untuk berlindung seperti kawasan yang berair dan kawasan yang sejuk.

perhilitan
Antara ular berbisa dirampas pihak Perhilitan. – Gambar hiasan

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œAda juga aduan yang diterima, kebanyakannya akan menyorok di dalam tayar terpakai dan pasu-pasu bunga yang tidak digunakan lagi, atau misalnya kera masuk ke dalam rumah dan membongkar tudung saji,ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‚Ā katanya.

Mengulas lanjut, Fakhrul juga berkata banyak aduan yang diterima oleh PERHILITAN akibat gangguan binatang turut semakin meningkat.

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œMusim hujan dan panas, memang trend binatang macam ini keluar daripada hutan untuk mereka mendapatkan tempat perlindungan. Ini perkara biasa,ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‚Ā katanya.


Justeru, beliau menasihatkan agar masyarakat lebih berhati-hati dengan kemunculan haiwan-haiwan itu terutamanya mereka yang mendiami kawasan berhampiran hutan atau membuat aktiviti di kawasan hutan.

Jelas Fakhrul, kawasan seperti itu lebih berisiko tinggi untuk haiwan berkenaan datang dan bersembunyi.

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œKita menasihatkan agar masyarakat lebih berhati-hati terutamanya kepada mereka yang gemar melakukan aktiviti seperti panjat gunung atau bukit dalam cuaca panas ini.

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œNasihat PERHILITAN kepada umum yang mahu pergi ke tempat-tempat rekreasi dan kawasan di sekolah yang berhampiran hutan agar kena berhati-hati,ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‚Ā kata Fakhrul lagi.

Beliau juga menasihatkan sekiranya terjumpa haiwan liar atau berbisa supaya laporkan segera kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia atau Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (HOTLINE: 999) untuk bantuan.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: El Nino – Ular Pun Cari Tempat Sejuk ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā‚¬Å“ JPAM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori