Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tumpuan Kepada Adenan Cara...

KUCHING - Sarawak akan mengadakan pilihan raya negeri selepas Ketua Menteri Tan Sri...

Afif Sasar Keputusan Lebih...

AHMAD Afif Amran akui masih belum dapat menguasai sepenuhnya jentera SuperSports 600cc namun...

“Dok Seke, PM Belanja...

KUALA NERUS - “Dok seke (tak sangka) hari ni PM (Perdana Menteri) belanja...

Mat Sabu Salahkan MAB...

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu hari ini menegur perkhidmatan Malaysia Airlines...

DAP Sarawak Ketandusan Modal Politik Hadapi PRN

KUCHING – DAP Sarawak ketandusan modal politik apabila mendakwa kerajaan akan menaikkan kadar semasa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sekiranya Barisan Nasional (BN) Sarawak mencatatkan kemenangan pada pilihan raya negeri (PRN) Ke-11.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata dakwaan itu adalah satu pembohongan di siang hari, dan sengaja cuba memomokkan pengundi.

Beliau berkata DAP hanya mampu mereka-reka cerita umpama parti politik amatur untuk menghadapi PRN Sarawak, dan beliau yakin orang ramai terutama rakyat Sarawak sudah bosan dengan politik pembohongan ini.

“Saya yakin DAP Sarawak cuba memainkan isu nasional yang direka-reka ini kerana ketandusan isu tempatan untuk memburuk-burukkan kerajaan BN Sarawak dan juga kepimpinan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem yang banyak melakukan perubahan dan pembaharuan yang disenangi rakyat,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian semasa mengulas klip video berdurasi kira-kira dua minit yang mendakwa kerajaan akan menaikkan kadar GST pada sekurang-kurangnya 10 peratus jika BN menang besar dalam pilihan raya negeri akan datang.

Puad berkata kepimpinan Adenan yang begitu teratur dalam mengurus PRN Sarawak sedikit sebanyak menggugat sokongan ramai terhadap DAP Sarawak.


“Sebenarnya (pergerakan) DAP sudah ‘disekat’ oleh ketua menteri Sarawak yang begitu tenang dan teratur dari segi pengumuman calon, pembahagian kerusi dan dasar-dasar baharu yang berorientasikan rakyat,” katanya.

Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatan kerja di Sarawak juga memberi jaminan bahawa kerajaan tidak mempunyai sebarang perancangan menaikkan kadar semasa GST. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori