Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Video: Belasah, Tikam &...

SINGAPURA - Seorang lelaki dirakam membelasah isterinya secara bertubi-tubi dalam kejadian pagi Sabtu...

Lawatan Kerja Ke India...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan lawatan kerjanya...

Aziz Tak Kecil Hati...

PENGARAH filem Aziz M Osman tidak berkecil hati apabila dijadikan bahan lawak dan...

Proton Kekal Berkongsi Pasaran...

KUALA LUMPUR – Pengeluar kereta tempatan, Proton, kekal berkongsi pasaran lebih 10 peratus...

DAP Yakin Menang Lebih Kerusi Berbanding PKR

KUALA LUMPUR – DAP yakin parti itu akan memenangi lebih kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak berbanding Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, DAP boleh memenangi sebanyak 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala PKR cuma enam kerusi.

“Saya menyeru rakyat Sarawak mencipta keajaiban pada 7 Mei (hari mengundi) untuk menafikan dua pertiga kerusi Barisan Nasional (BN).

“Angka ajaib yang boleh dicapai oleh DAP adalah memenangi 20 hingga 22 kerusi DUN dan PKR cuma menang enam hingga lapan kerusi DUN,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


PKR dan DAP yang menanggotai Pakatan Harapan bersengketa sejak hari penamaan calon berikutan kedua-dua parti saling berebut kerusi yang mahu ditandingi dalam PRN Sarawak.

Persengketaan itu menyebabkan DAP dan PKR mengambil keputusan untuk mengabaikan Perjanjian Pakatan Harapan dan meletakkan calon masing-masing di enam kerusi sama. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori