PENYANYI tersohor dan nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bakal mengadakan kempen kesedaran mencegah kanser serviks pada Mei depan.
Kempen yang diberi nama Hope itu dianjurkan oleh syarikat kosmetik dan kecantikannya iaitu SimplySiti dengan kerjasama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, Guardian dan KPJ Healthcare.
Hope dianjurkan sebagai usaha meningkatkan kesedaran selain membantu menyediakan peluang kehidupan yang lebih baik melalui kaedah Pap Smear.
Menurut Datuk Siti kepada sebuah portal berita kanser servik merupakan penyakit kanser yang kedua dihidapi oleh masyarakat Malaysia selain kanser payu dara.
Tambah Datuk Siti lagi, setiap dua minit wanita mati akibat kanser ini. Di dunia kanser servik menduduki tangga yang keempat dan lebih 165,672 wanita di dunia meninggal dunia akibat penyakit ini disebabkan oleh jangkitan kuman human papillomavirus (HPV).
“Wanita tanpa mengira peringkat umur berisiko menghidapi kanser ini disebabkan oleh jangkitan baharu atau jangkitan semula oleh penyebab kanser, HPV,” kata Datuk Siti kepada portal tersebut.
Pelaggan yang membeli barangan SimplySiti bernilai RM100 di rangkaian Guardian akan menerima pek istimewa Kempen Hope.
Di dalam pek tersebut, dibekalkan dengan set ujian Pap Smear bernilai RM40, pakej pemeriksaan kanser serviks serta harga promosi untuk Pakej Vaksin HPV dan tiket untuk meghadiri bengkel ceramah dan kelas solekan. -MYNEWSHUB.CC
Sumber: BHOnline