Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Penjawat Awam Sarawak Nikmati...

MIRI - Sarawak mengumumkan kenaikan satu tangga gaji tahunan untuk lebih 20,000 penjawat...

SPRM Tahan Lelaki Bangladesh...

KOTA BHARU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan seorang lelaki warga...

Vanidah Imran Larikan Buku...

RASANYAƃā€šĆ‚Ā antara artis popular yang jarang kita dengar dilanda kontroversi, salah seorangnya adalah Vanidah...

45 Peniaga Kena Kompaun...

TEMERLOH - Seramai 45 peniaga di dua daerah iaitu Temerloh dan Maran dikenakan...

Debaran 100 Hari Menjelang Sukan Olimpik Rio

KUALA LUMPUR – Esok, bermulanya detik 100 hari menjelang temasya Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil, yang akan membuka tirainya secara rasmi pada 5 Ogos.

‘Countdown’ 100 hari itu pasti membawa debaran kepada atlet negara yang sudah melayakkan diri secara merit ke temasya sukan terbesar tersebut.

Sehingga kini, 12 atlet negara telah melayakkan diri secara merit ke temasya itu diterajui pemenang pingat gangsa edisi 2012 yang juga ratu terjun, Pandelela Rinong.

Turut mengiringinya ialah Cheong Jun Hoong, Wendy Ng Yan Yee, Ooi Tze Liang dan Nur Dhabitah Sabri (terjun); Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa (berbasikal); Johnathan Wong (menembak); Welson Sim (renang); Khairul Anuar Mohamad (memanah) serta Khairulnizam Mohd Afendy dan Nur Shazrin (pelayaran).

Jumlah itu mungkin akan bertambah sehingga Julai ini kerana ia belum termasuk pemain badminton negara yang tempoh kelayakan Olimpik mereka akan tamat hujung bulan ini.

Sukan lain yang masih mencari peluang ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro ialah memanah berpasukan, golf, olahraga dan angkat berat.

Bagi Fatehah, peluang beraksi di Sukan Olimpik untuk kali kedua adalah amat bermakna dan berharga bagi dirinya.

“Saya sangat bersyukur sebab masih berpeluang beraksi dalam Sukan Olimpik kali ini. Saya masih tidak percaya dapat beraksi dalam Olimpik kedua.

“Walaupun kali ini saya beraksi dalam acara yang berbeza, yang paling penting adalah saya akan ke Olimpik sekali lagi,” kata Fatehah kepada Bernama.

Pelumba berusia 27 tahun itu akan beraksi dalam acara pecut pada temasya kali ini berbanding Sukan Olimpik London, empat tahun lepas apabila beliau beraksi dalam acara keirin dan menamatkan saingan di tempat ke-15 keseluruhan.

“Buat masa ini, saya masih lagi dalam fasa awal latihan dan memerlukan sedikit masa untuk kembali cergas seperti sebelum ini. Saya berharap dapat bersedia sepenuhnya untuk Sukan Olimpik Rio nanti,” kata Fatehah, yang kini kembali menjalani latihan di Melbourne, Australia.

Sebelum ini, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menaruh harapan kepada atlet negara daripada tiga jenis sukan untuk meraih pingat di Sukan Olimpik kali ini.


Presidennya, Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar berkata tiga sukan itu ialah badminton, berbasikal dan terjun yang mungkin mempunyai peluang yang baik untuk menyumbang pingat kepada kontinjen negara.

“Atlet kita dalam tiga sukan ini berkeupayaan menyumbang pingat…kita tidak boleh bandingkan atlet kita dengan atlet lain kerana dalam kejohanan peringkat Asia, kita mampu tetapi dalam konteks Olimpik kita mungkin bukan pesaing untuk pingat,” kata Tunku Imran dalam temu bual dengan Bernama baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau tidak mahu terlalu tegas dalam menetapkan sasaran pingat untuk kontinjen negara, sebaliknya mahu rakyat Malaysia berbangga dengan atlet negara yang layak ke Sukan Olimpik.

Sementara itu, Setiausaha Agung MOM, Datuk Low Beng Choo pula mengingatkan semua atlet yang telah melayakkan diri supaya tidak mencapai kemuncak prestasi terlalu cepat dan harus mengelakkan diri daripada kecederaan.

“Bagi atlet yang sudah melayakkan diri, mereka perlu memberi perhatian terhadap latihan pra-pertandingan…kejayaan seseorang atlet dalam Sukan Olimpik terletak kepada atlet itu sendiri pada hari pertandingan. Apa-apa sahaja boleh terjadi,” katanya.

Menurut Low, kebanyakan persatuan sukan sudah merencana program latihan masing-masing khusus kepada atlet mereka termasuk mengadakan latihan penyesuaian di beberapa negara benua Amerika sebelum bermulanya Sukan Olimpik nanti.

Bermula dengan pencapaian satu gangsa pada edisi Barcelona, Sepanyol pada 1992 menerusi gandingan adik-beradik Razif dan Jalani Sidek dalam acara badminton beregu lelaki, kontinjen negara tidak pernah gagal menyumbang pingat sejak edisi 2008 selepas pulang dengan tangan kosong pada 2000 dan 2004.

Pencapaian terbaik Malaysia pada temasya sukan empat tahun sekali itu ialah di Atlanta, Amerika Syarikat (1996) dan London, England (2012) selepas masing-masing meraih satu perak dan satu gangsa.

Badminton menjadi penyumbang pingat utama dalam pembabitan negara dalam Sukan Olimpik, namun pada 2012, Pandelela memecah dominasi dengan menyumbang pingat gangsa melalui acara terjun 10m platform individu, sekaligus muncul atlet wanita Malaysia pertama memenangi pingat dalam Sukan Olimpik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori