Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Rayuan Batal Keputusan...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan empat pengundi...

Vivaldi: Pelayar Web Terbaru...

PELAYAR web desktop yang banyak digunakan boleh kata didominasi oleh Google Chrome, Firefox dan juga Internet...

1,576 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,576 kes baharu positif Covid-19 dalam negara dengan Sarawak...

Tuntut Hadiah Loteri Jutaan...

KINGSTON - Seorang pemenang loteri memilih untuk berpakaian putih, bersarung tangan hitam dan...

Dedah Gambar Mayat Anak Lebam, Dakwa Polis Israel Lepas Tangan

SEBUAH keluarga di Britain yang kehilangan anak perempuan mereka selepas ditemui mati di Israel, telah mendedahkan gambar mayatnya yang mengejutkan dipenuhi kesan lebam dan calar.

Keluarga berkenaan menuduh polis Israel sengaja mencuci tangan dalam kematian Julie Pearson dengan mengklasifikasikannya sebagai kematian biasa.

Gambar berkenaan dirakamkan ketika Julie terbaring di dalam keranda.

Julie yang bekerja di Israel telah dipukul oleh kekasihnya namun bedah siasat yang dijalankan mendapati kematian wanita berusia 38 tahun itu adalah kematian biasa.

Forensik turut menyenaraikan berlaku pendarahan dalaman namun menegaskan ia adalah `spontan’ dan bukan disebabkan kecederaan.

Malangnya pihak berkuasa gagal memberikan sebab lain punca kepada kematian Julie.

Keluarga Julie dimaklumkan mengenai keputusan itu dua minggu lalu iaitu selepas hampir lima bulan Julie meninggal dunia di pusat peranginan Laut Merah.


Keluarganya mendakwa polis Israel tidak menyiasat dengan terperinci termasuk serangan yang dilakukan oleh bekas teman lelakinya Amjad Hatib.

“Kami tidak mahu orang lain melihat Julie dalam keadaan seperti ini namun kami tiada pilihan dan mahu dunia melihat kecederaan yangd dialami oleh anak saya dan kami mahukan kebenaran.

“Saya tidak boleh hidup dengan tenang melihatkan apa yang berlaku kepada Julie. Lebam di muka dan badannya amat menakutkan dan tidak mungkin dia meninggal dunia akibat kematian biasa,’’ kata ibunya, Margaret. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori