Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Pengajian Melayu Di IPT...

KUALA LUMPUR - Pengajian Melayu di institusi pengajian tinggi (IPT) semakin malap dan...

Ahmad Faizal Sedang Suaikan...

IPOH - "Saya sedar itu kelemahan saya", demikian pengakuan ikhlas Menteri Besar Perak...

M’sia Akan Buktikan Pesawat...

KUALA LUMPUR – Malaysia akan berusaha membuktikan pesawat peribadi yang didakwa milik ahli...

1,209 Warga China Masuk...

GEORGE TOWN - Seramai 1,209 warga China yang masuk ke Pulau Pinang melalui...

Demi Cinta Pada Suami, Raja Azmi Berhenti Rokok

TAHNIAH diucapkan kepada penerbit terkenal Raja Azmi kerana berjaya berhenti merokok sejak lima minggu lalu.

Menurut Raja Azmi, dia mengambil langkah drastik untuk berhenti merokok kerana mahu menjaga kesihatan dan demi cintanya kepada suami, Eddie Ghazali.

Demi Cinta Pada Suami, Raja Azmi Berhenti Rokok

“Alhamdulillah, tuhan permudahkan langkah dan kuatkan semangat. Tidak mudah sebenarnya hendak berhenti merokok, tetapi saya nekad.

“Janji saya untuk sama-sama menjaga kesihatan dengan Eddie yang menguatkan semangat,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan.

Tambahnya, suami gembira akan perubahan dirinya dan turut mengambil langkah mengurangkan bilangan rokok yang diambil.


“Eddie mengurangkan rokok daripada dua kotak sehari kepada sekotak sehari. Itu satu langkah yang bagus dan perlahan-lahan, saya percaya dia juga boleh berhenti,” ujarnya.

Dalam pada itu, Raja Azmi yang baru dua bulan kembali mendirikan rumah tangga turut mendedahkan perkahwinan kali kedua dengan Eddie ini banyak mengajarnya erti berkasih sayang dan hormat menghormati. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori