Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

3 Ditahan Dalam Operasi...

BALIK PULAU - Polis menahan pasangan masing-masing berumur 51 dan 56 tahun bersama...

VIDEO : Kevin Zahri...

Selebriti kesihatan Kevin Zahri kini semakin popular apabila mengadakan cabaran Jom Kurus 1Malaysia...

Penjenayah Cedera Ditembak Rakan...

PETALING JAYA - Percubaan sekumpulan empat lelaki untuk menyamun di Mentari Court, Sungai...

Lelaki Maut Digilis Beberapa...

LELAKI maut selepas digilis beberapa kenderaan dalam kemalangan di Kilometer 441.9 Lebuhraya Utara...

Denda RM6,580 Jika Pemilik Biar Anjing Berak Di Jalanan

MADRID — Para pemilik anjing peliharaan di ibu kota Sepanyol, Madrid kini harus lebih berwaspada jika tidak ingin terkena denda atau dikerah menjadi sebahagian daripada petugas kebersihan jalanan pada hujung minggu.

Datuk bandarnya, Manuela Carmena dipetik agensi berita Associated Press pada 19 April dilapor mengeluarkan satu peraturan baharu untuk semua pemelihara haiwan najis berat tersebut untuk mereka menjadi lebih beretika.

Peraturan tersebut akan dikenakan terhadap pemilik anjing yang didapati bersalah apabila tidak membersihkan kotoran yang dibuang oleh haiwan peliharaan mereka ketika dibawa berjalan-jalan di sekitar bandar raya itu.

Carmena pada Isnin dilapor sebagai menyatakan bahawa anggota polis Madrid buat permulaan menitikberatkan pengawasan terhadap sikap cuai pemilik anjing peliharaan di dua daerah utama di ibu negara Sepanyol tersebut.

Ini susulan dua kawasan tersebut, ditemui banyak pemilik anjing yang sengaja membiarkan kotoran haiwannya itu bertaburan bebas di atas jalanan sehingga menyebabkan ramai pejalan kaki mengadu berasa amat kurang selesa.

A woman picking up dog poo.

Menerusi peraturan baharu itu, pemilik haiwan dalam kumpulan najis mughallazah tersebut sekiranya berjaya ditangkap oleh polis tempatan boleh dikenakan hukuman denda sehingga 1,500 euro (kira-kira RM6,584).


Selain peraturan tersebut, Carmena turut mengaku akan memohon pihak dewan perundangan setempat agar meluluskan hukuman tugas pembersihan jalan pada hari Sabtu atau Ahad sebagai ganti selain denda berkenaan.

Pada awal 2013, pihak berkuasa tempatan sebuah bandar terletak 40 kilometer dari Madrid, Brunete bertindak mengirim melalui bungkusan pos yang mengandungi najis anjing peliharaan pemilik terus kepada rumah mereka.

Sejumlah 20 perisik memantau anjing yang buang najis sebelum mengutip kumbahan itu dan bertanyakan pemilik mengenai nama haiwan tersebut untuk disemak rekod pendaftaran alamatnya melalui pangkalan data setempat.

Langkah tegas itu menyaksikan penurunan lebih 70 peratus kes anjing ‘berak’ di jalanan kawasan perbandaran yang sebelumnya sering penuh dengan aneka najis haiwan tersebut dalam pelbagai corak, bau, warna dan bentuk.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori