Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Sultanah Nur Zahirah Saman...

PETALING JAYA - Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah hari ini memfailkan saman terhadap...

ADUN Kuala Besut Nafi...

BESUT - Lima beradik dari Kampung Beris Lampu dekat Kuala Besut yang kematian...

Lawak.. Peminat Keliru Wajah...

BEBERAPA hari lalu kami ada mendedahkan gambar seorang gadis bersama Fahrin Ahmad namun...

PH Kena Henti Bangga...

PERGERAKAN Pemuda UMNO Malaysia mengingatkan Pakatan Harapan (PH) supaya tidak asyik dabik dada...

Dr. Zakir Berterima Kasih Kepada Kerajaan Izin Ceramah Di Melaka

BESUT – Pendakwah antarabangsa terkenal, Dr. Zakir Naik mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana memberi kebenaran kepada beliau menyampaikan ceramah di Melaka pada Ahad ini.

Beliau menyatakan rasa syukur walaupun tajuk ceramah ditukar dan menganggap ia cabaran biasa sebagai pendakwah.

Pada awalnya beliau dijadual menyampaikan ceramah bertajuk ‘Persamaan Antara Hinduisme dan Islam‘ kemudian ditukar kepada ‘Women’s Right In Islam‘.

“Dengan apa yang berlaku ini, saya dapat rasakan jumlah kehadiran di Melaka akan bertambah,” katanya selepas menyampaikan ceramah bertajuk ‘Does God Exist?‘ (Adakah Allah Wujud?) di Sekolah Menengah Imtiaz Besut Selasa malam.

Dr. Zakir ditanya mengenai arahan pembatalan ceramah di Melaka sebelum ini selepas mendapat bantahan Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf), tetapi kemudian dibenarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.


“Apa yang saya percaya, jika saya dapat menyatukan umat Islam walaupun kecil, saya bersyukur kepada Allah dan berdoa semoga Allah memberkati usaha dakwah saya ini,” katanya.

Ceramah pada malam tadi dihadiri kira-kira 30,000 orang dan turut hadir Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman serta Menteri Pendidikan Tinggi yang juga Anggota Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori