Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Akta Hasutan Tak Akan...

JOHOR BAHARU - Kerajaan tidak akan memansuhkan Akta Hasutan 1948 dalam masa terdekat...

N.Sembilan Beri Jaminan Bekalan...

REMBAU - Kerajaan negeri akan memastikan insiden terputus bekalan air seperti yang pernah...

Gempa Bumi Sederhana Landa...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Ritcher melanda Kepulauan...

Aida Aris Sangkal Dakwaan...

PELAKON Aida Aris menafikan dakwaan yang mengatakan dia mendera anak tirinya dan dia...

El Nino: Isytihar Bukit Merah Kawasan Bencana Perlu Penelitian Rapi

IPOH – Penelitian rapi perlu dibuat sebelum kawasan Bukit Merah kira-kira 90 kilometer dari sini boleh diisyitiharkan sebagai kawasan bencana disebabkan paras Empangan Tasik Bukit Merah semakin susut kesan daripada fenomena El Nino.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata pada kebiasaannya, sesuatu lokasi diisytihar sebagai kawasan bencana jika ia dilanda bencana alam seperti banjir atau kebakaran dalam skala besar.

“Kalau macam ini (kebakaran atau banjir besar) baru kita boleh isytihar sebagai kawasan bencana. Maknanya, dia (penduduk terjejas) berhak mendapat bantuan seperti wang ihsan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini Isnin.

Menurut Shahidan sekiranya penyusutan paras air di empangan menjejaskan para petani, ia merupakan tanggungjawab Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk membuat penelitian dan tindakan susulan.

Bagaimanapun, Shahidan berkata beliau akan melawat kawasan terjejas di Bukit Merah dalam masa terdekat untuk melihat sendiri kesan El Nino.

Shahidan diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir semalam yang berkata pihaknya akan memohon kepada Kerajaan Persekutuan supaya mengisytiharkan Bukit Merah sebagai kawasan bencana.


Zambry berkata dengan pengisytiharan itu, pihaknya berharap Majlis Keselamatan Negara (MKN) dapat membantu pesawah di sekitar Kerian membuat penilaian kerugian yang dialami, kesan daripada penyusutan paras air di Empangan Tasik Bukit Merah.

Bagaimanapun, Setiausaha MKN Datuk Seri Alias Ahmad memberitahu Bernama pihaknya bukan lagi agensi yang bertanggungjawab membuat penilaian ke atas sebarang kerosakan atau kerugian yang ditanggung oleh mana-mana pihak dalam sesuatu bencana.

Sebaliknya, tanggungjawab itu kini diambil alih oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang ditubuhkan sejak tahun lalu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori