Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

MTUC Mahu Elaun Cola...

SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengemukakan beberapa cadangan demi manfaat...

Raja Muda Perlis Terima...

ARAU - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menerima kunjungan...

Strategi Baharu JPJ Dalam...

TAPAH - Strategi baharu yang dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu Pendidikan, Pencegahan...

Daftar E-Kad Segera Atau...

KUALA LUMPUR - Majikan perlu segera mendaftarkan pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk...

El Nino: Kira-Kira 2,000 Jemaah Hadir Solat Sunat Istisqa Di Kota Baharu

KOTA BAHARU – Kira-kira 2,000 jemaah hadir menunaikan solat sunat ‘Istisqa’ di Padang Hoki di sini, bagi memohon hujan berikutan cuaca panas dan kering berikutan fenomena El-Nino yang berlaku di negara ini.

Solat sunat tersebut diadakan pada pukul 7.30 pagi tadi dipimpin oleh Timbalan Mufti Kelantan Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad.

Turut menyertai solat berkenaan ialah Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau Negeri, Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan Datuk Che Mohd Rahim Jusoh.

Bercakap kepada Bernama selepas selesai solat itu, Nik Abdul Kadir berkata solat sunat itu diadakan bagi memohon kepada Allah agar diturunkan hujan secukupnya bagi menampung kembali kekeringan yang dialami di sungai, empangan dan telaga di negeri ini.


“Diharapkan dengan solat ini dan disusuli pula dengan solat-solat di tempat lain maka ia diberkati dan akan dicurahi dengan hujan yang secukupnya,” katanya.

Majlis tersebut bermula pada pukul 4 pagi dengan bermunajat dan menunaikan solat sunat tahajjud, taubat, hajat, witir dan solat fardu Subuh dan kemudiannya solat sunat Istisqa dan diakhiri dengan solat sunat Dhuha. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori