Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pelajar Tingkatan Empat Mati...

Klang : Pelajar perempuan tingkatan empat ditemui mati disyaki dibunuh kekasihnya selepas berlaku...

Mangsa Banjir Di Perak...

IPOH - Jumlah mangsa banjir di Perak setakat pukul 9 pagi ini kekal...

33 Kapsul Syabu Dijumpai...

KUALA LUMPUR - Bedah siasat ke atas mayat seorang lelaki yang ditemui di...

Lebih 6 Juta Benih...

LUMUT - Sebanyak 6,624,919 benih pokok serta spesies anak pokok yang sesuai telah...

El Nino Tidak Ancam Hidupan Marin Di Labuan

LABUAN – Peningkatan suhu air laut berikutan fenomena El Nino sekarang tidak menjejaskan pendaratan penyu dan pembiakan terumbu karang di Taman Laut Labuan.

Kajian menunjukkan pendaratan penyu bagi suku pertama tahun ini dan tempoh yang sama tahun lepas hampir sama jumlahnya, dan tidak menunjukkan pengurangan (pendaratan penyu) berikutan cuaca panas yang melanda negara sekarang.

Pengarah Jabatan Taman Laut Labuan Anuar Deraman berkata sekurang-kurangnya tujuh sarang yang menempatkan 1,556 telur, sedang menetas setakat ini.

“Berdasarkan pemantauan yang dilakukan dari Januari hingga semalam, kami dapati tidak ada terumbu karang yang mengalami masalah pelunturan, dan tidak ada perbezaan yang ketara untuk membandingkan pendaratan penyu dalam tempoh sama tahun lepas berikutan cuaca panas sekarang,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, beliau berkata jabatannya akan terus melakukan pemantauan di sekitar taman laut itu yang turut menempatkan Pulau Kuraman, Pulau Rusukan Besar dan Pulau Rusukan Kecil.


Antara spesies penyu yang mendarat di pantai Pulau Rusukan Besar ialah penyu karah atau nama saintifiknya Eretmochelys imbricata dan penyu hijau atau agar, yang tergolong dalam keluarga Cheloniidae.

“Kami akan memantau keadaan bukan sahaja pembiakan terumbu karang tetapi juga hidupan marin seperti penyu. Cuaca panas yang berpanjangan sekarang menyebabkan suhu air laut naik antara 27 darjah Celsius ke 30-32 darjah Celsius dan ini berlanjutan selama dua minggu yang boleh mencetuskan pelunturan karang,” katanya.

Pemantauan berkala dan kajian mengenai masalah pelunturan karang sedang dijalankan dengan kerjasama Taman Laut Sabah, Perbadanan Perhutanan Sarawak dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Reef Check Malaysia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori