Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Saintis Bantu Tangani Kempen...

KUALA LUMPUR : Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi sedang bekerjasama dengan badan pemikir...

Pepsi Lancar Tin Edisi...

UNIK... Bagi hargai para pe­minat tegarnya di Malaysia, jenama minuman berperisa kola terkemuka...

Siti Nurhaliza Nafi Wanita...

PENYANYI nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza menafikan dirinya wanita ketiga terkaya di...

SKMM Sekat Laman The...

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat laman The Malaysian Insider...

El Nino: Ular Pun Cari Tempat Sejuk – JPAM

KUANTAN – Sebanyak 618 kes tangkapan ular direkod Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di seluruh negeri ini sepanjang tempoh tiga bulan pertama tahun ini, kata Pengarah JPAM Pahang, Zainal Yusoff.

Beliau berkata tangkapan dibuat berdasarkan laporan orang ramai mengenai gangguan reptilia berkenaan yang berdarah sejuk.

“Kebanyakan kes membabitkan ular ditemui di dalam kediaman dan kenderaan, yang kemungkinan ular-ular ini mencari tempat sejuk untuk berlindung.

“Faktor cuaca panas juga mungkin antara penyebab ular lebih gemar masuk ke tempat lebih sejuk seperti kediaman,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata jumlah kes tertinggi direkod di Kuantan iaitu sebanyak 163 kes, Temerloh (96), Pekan dan Maran masing-masing (67), Jerantut (57), Raub (50), Bentong (46), Lipis (36), Rompin (21) dan Bera (15).


Sementara itu Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Wan Mohd Nazlis Wan Ismail berkata pihaknya merekod 92 kes tangkapan ular di seluruh negeri sehingga hari ini tahun ini.

“Ia membabitkan 16 kes sepanjang Januari, Februari dan Mac masing-masing 25 kes manakala bagi April sehingga hari ini sebanyak 26 kes,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori