PELAKON baharu, Faye Kusairi telah membuat satu penafian tentang pendakwanan yang menyatakan dirinya terlibat dalam perceraian Elly Mazlien dan bekas suaminya, tetapi Elly pula masih menegakkan perkara tersebut dan dia bersedia ke mahkamah untuk membuktikannya.
“Saya tidak mahu komen lebih-lebih berkaitan perkara ini. Jika benar dia mahu membawa saya ke mahkamah, saya akan menghadirkan diri”
Apabila ditanya tentang Faye yang mahu Elly Mazlien memohon maaf secara terbuka kerana kes itu mengganggu dirinya, Elly Mazlien enggan mengulas perkara berkenaan dengan lebih lanjut.
Faye Kusairi juga tidak mahu memberikan apa-apa komen mengenai tuduhan yang mendakwa dirinya sebagai punca keretakan rumahtangga Elly Mazlien.
BACA: Dituduh Orang Ketiga, Faye Kusairi Gesa Elly Mazlien Mohon MaafÂÂ
Menurut Faye, dia hanya mengikut nasihat peguamnya yang meminta dia untuk tidak memberikan apa-apa komen kerana tempoh dua bulan sudah diberikan kepada Elly Mazlien. -MYNEWSHUB.CC