Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Melaka Cadang Wujud Tabung...

KERAJAAN negeri Melaka bercadang mewujudkan Tabung Amanah Nelayan yang akan berfungsi sebagai tunai...

Diplomat Malaysia Siapkan Program...

NEW YORK – Diplomat Malaysia di New York sedang menyiapkan program penuh lawatan...

‘Hampir Juling Mata’ Siapkan...

PETALING JAYA - Selain hebat beraksi di pentas, darah seni yang mengalir dalam...

Ibu Tergamak Bakar Bayi...

SEORANG ibu muda tergamak membakar bayinya sendiri di tengah-tengah jalan yang sunyi.Kejadian malang tersebut dilaporkan...

Esscom Laksana Kajian Profil Masyarakat Pala’u Di Esszone

KUALA LUMPUR – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) melaksanakan siri kajian profil masyarakat Bajau Laut yang hidup di perairan laut Sulu untuk mengenal pasti jumlah, lokasi dan status warganegara mereka di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata laporan kajian tersebut akan dianalisis dan dinilai dalam semua aspek bagi menentukan tindakan penyelesaian terhadap masyarakat tersebut yang juga sinonim dengan panggilan Pala’u.

“Jumlah sebenar masyarakat ini tidak diketahui. Masyarakat ini buta huruf, miskin dan masih tinggal dalam perahu dan pulau,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Datu Nasrun Datu Mansur (BN-Silam) yang ingin tahu langkah dan peranan kerajaan dalam menangani isu Pala’u, pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Pada tahun 2015, Shahidan berkata Esscom telah menjalankan dua kajian profil iaitu di Kampung Labuan Haji, Pulau Omadal dan Pulau Kulapuan dari 18 hingga 21 Mac dan di Pulau dan Terumbu Sebangkat dari 3 hingga 8 Ogos.


Jelasnya, Esscom akan mengadakan tambahan dua lagi kajian profil di Kampung Halo, Kampung Bangau-Bangau dan Pulau Nusa 3 di Semporna dari 10 hingga 17 Mac serta di Kampung Kunak 3 di Kunak pada Ogos tahun ini.

Shahidan berkata setakat ini masyarakat Pala’u menjalankan aktiviti harian mereka seperti biasa dan masih dalam kawalan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori