SETELAH beberapa hari berteka-teki, pelakon Faye Kusairi mendedahkan dia kini sudah mengetahui gerangan individu yang membuat aduan palsu tentang kes khalwat di rumah keluarganya.
BACA: JAIS Serbu Rumah Keluarga, Faye Kusairi Rasa Teraniaya
Menurut Faye, hal itu terbongkar selepas seorang pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tersasul nama pengadu ketika mereka bertemu beberapa hari lalu.
“Saya tidak syak. Saya datang dengan hati terbuka nak tahu SOP (prosedur operasi piawai). Dia tersasul satu nama dan dakwa ada kaitan.
“Nama sudah ada cuma saya tidak boleh beritahu sebab JAIS yang kena cakap. Penolong pengarah JAIS sudah cakap dengan saya, sebut nama, tapi bukan hak saya untuk beritahu,” katanya kepada ProjekMMO.
Baru-baru ini, Faye meluahkan rasa terkilannya susulan kecuaian pihak JAIS yang menyerbu rumah keluarganya yang terletak di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, Selangor.
Ia susulan pihak JAIS didakwa menerima aduan palsu berkhalwat pada 10 April lalu, kira-kira pukul 2.30 pagi.
Berikutan itu, Faye merasa teraniya dan telah membuat laporan polis berhubung keselamatan dirinya. – MYNEWSHUB.CC