SEKEPING gambar menunjukkan seorang lelaki sedang berhempas pulas memasukkan sofa ke dalam ruang keretanya yang kecil menjadi viral baru-baru ini.
Lelaki yang dipercayai dari Melbourne, Australia itu dirakam begitu nekad mahu memuatkan sofa besar yang sah-sah tidak muat untuk disumbat ke dalam kenderaannya itu.
Seorang pengguna media sosial mengkritik tindakan lelaki tersebut dengan berkata, “mungkin ikatan rambutnya yang terlalu ketat membuatkannya jadi gila”.
Mungkin juga, lelaki ini telah menghabiskan semua duit yang dia ada untuk beli sofa dan tak lagi ada wang baki yang tinggal untuk sewa lori dan bawa pulang sofanya itu ke rumah kot.. – MYNEWSHUB.CC