Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Lelaki Ugut Bunuh Kit...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditahan kerana disyaki melakukan ugutan bunuh terhadap Penasihat...

Mia Ahmad Kongsi Gambar...

SELEPAS mengumumkan tarikh pernikahannya dengan penjaga gol JDT, Mohd Izham Tarmizi, pelakon Mia...

SFC Rampas 565 Batang...

KUCHING - Sarawak Forestry Corporation (SFC) merampas sejumlah 565 batang balak haram di...

Aliff Kagum Dengan Intan...

KEMELUT rumah tangga antara pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude dengan Intan...

Gangguan Bekalan Air Di Kuantan Khamis Ini

KUANTAN – Beberapa kawasan sekitar daerah Kuantan akan mengalami gangguan bekalan air pada Khamis ini, ekoran kerja penyambungan pengalihan paip sambungan ke Indera Mahkota (IM) 15.

Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dalam kenyataan media di sini hari ini, berkata gangguan bekalan air yang bermula pada pukul 8 pagi sehingga 6 petang itu melibatkan 7,000 akaun pengguna.

“Kawasan yang terlibat ialah seluruh kawasan Astana Golf, Bukit Istana, Kota SAS, Taman Alam Perdana, Taman Alam Damai, IM13, IM14, IM15 serta Kampung Padang, Taman Impian, Kolej Profesional Mara, Bukit Kuin, Bukit Bakong dan kawasan sekitar,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, PAIP menasihatkan orang ramai untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan mereka boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan (PULAPEL) di 09-5739999 untuk pertanyaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori