Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Lelaki Ini Suka Mengganggu...

Pada 25 November yang lalu, ia merupakan hari memperingati kempen hindari keganasan terhadap...

Penyembah Syaitan Korek Mata...

Mexico – Ia merupakan kejadian yang menakutkan. Kini perbuatan kejam yang dilakukan oleh...

MH17: Saksi Lihat Jet...

MOSCOW - Penyiasat Russia berkata mereka mempunyai bukti baharu daripada seorang saksi bahawa...

Kereta Allahyarham Nik Aziz...

MALAYSIA hari ini digemparkan apabila tiba-tiba beberapa keping kereta Mercedes milik Allahyarham Nik Abdul...

Gangguan Bekalan Air Sementara Di Hulu Langat

KUALA LUMPUR – Berikutan penggunaan air yang tinggi semasa cuaca panas ketika ini, beberapa kawasan di Hulu Langat dijangka mengalami gangguan bekalan air sementara, menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Menurut Syabas dalam kenyataan hari ini, walaupun loji rawatan air yang menyediakan perkhidmatan di kawasan tersebut beroperasi sepenuhnya tetapi keadaan itu menyebabkan air simpanan dalam kolam takungan air Cheras dan Bangi mencatat penurunan di bawah paras biasa.

“Paras kolam air sedang diawasi dengan rapi dan bekalan air kepada pengguna akan pulih secara berperingkat apabila paras kolam takungan air mencapai tahap stabil,” katanya.

Kawasan yang dijangka mengalami gangguan bekalan air ialah Taman Juara Jaya, Taman Bukit Belimbing, Taman Sungai Besi Indah, Taman Harmoni Indah, Taman Puncak Utama, Taman Putra Budiman, Taman Balakong Jaya, Taman Sri Timah, Taman Taming Jaya, Kawasan Industri Balakong, Kawasan Industri Selesa Jaya dan Industri Balakong.

Turut terlibat Taman Taming Permai, Kawasan Industri Lifong, Juta Mines Kondominium, Jade Hill, Kampung Baru Balakong, Bangi Golf Resort, Kajang Utama, Universiti Kebangsaan Malaysia, Alam Sari, Taman Tropika, Taman Universiti, German Malaysian Institute, Taman Tropika 2 dan Taman Vista Emas.


Syabas turut memaklumkan bagi mengurangkan kesulitan pengguna, bekalan air telah dihantar menggunakan lori tangki ke kawasan terlibat.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh memuat turun aplikasi mySYABAS atau melayari www.syabas.com.my dan menghubungi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS 39222 untuk bantuan bekalan air. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori