Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Hukuman Gantung Azilah Hadri...

PUTRAJAYA : Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman gantung sampai mati kepada penjara...

Difteria Masih Terkawal Di...

PETALING JAYA - Penyakit difteria, yang dikesan di negara ini bulan lepas, masih...

Lelaki Dedah Punca Rogol...

SEORANG lelaki di United Kingdom mendakwa merogol ibunya sendiri kerana tekanan dituduh merogol...

Dua Maut Kereta Hilang...

GUA MUSANG - Dua maut manakala seorang cedera ringan apabila kereta Proton Wira...

Golongan Pekerja Disaran Manfaatkan Program Saringan Kesihatan

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia mahu golongan pekerja di negara ini yang berumur 40 tahun dan ke atas memanfaatkan Program Saringan Kesihatan (HSP) yang diperkenalkan kerajaan sejak tahun 2013.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata program yang diperkenalkan kementeriannya menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) itu, menyediakan peruntukan RM200 juta untuk golongan pekerja menjalani saringan pemeriksaan kesihatan bagi mengesan penyakit lebih awal.

Namun, katanya sejak program itu diperkenalkan hanya RM52 juta peruntukan digunakan melibatkan 452,000 pencarum yang menjalani pemeriksaan sehingga kini, walaupun sebanyak 2.4 juta baucar kemudahan kesihatan itu telah dikeluarkan.

“Sambutan ini tidak menggalakkan dan ini boleh menghalang usaha kerajaan melahirkan pekerja sihat dan berkualiti bagi pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengikuti program Run and Ride Perkeso serta menyempurnakan majlis prapelancaran Hari Pekerja 2016 di sini, hari ini. Hari Pekerja disambut pada 1 Mei.

Menurutnya, sebanyak 3,365 klinik, 252 makmal dan 173 pusat mamogram dilantik sebagai panel pemeriksaan bagi program tersebut di seluruh negara.

Dalam pada itu, Ismail menasihatkan majikan agar memainkan peranan dalam memberi kesedaran kepada pekerja untuk membuat saringan pemeriksaan kesihatan yang disediakan kerajaan itu secara percuma.


“Saya minta majikan mengadakan program kesedaran kesihatan serta galakan yang menjana ke arah gaya hidup sihat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata bagi 1.9 juta pencarum yang belum memanfaatkan kemudahan itu, mereka disaran segera menjalankan saringan pemeriksaan kesihatan.

Katanya Malaysia sedang menghadapi cabaran peningkatan gejala penyakit tidak berjangkit seperti berat berlebihan (obesiti), kencing manis, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi.

Menurutnya, setiap tahun Perkeso menerima peningkatan permohonan daripada pencarum bagi keilatan (meninggal dunia) disebabkan oleh penyakit yang tidak berjangkit dan pada 2015 sebanyak 15,173 permohonan ilat diterima akibat penyakit tersebut.

“Trend perbelanjaan pampasan Perkeso juga turut semakin meningkat umpamanya tahun 2013 (RM2.2 bilion), 2014 (RM2.46 bilion) dan 2015 (RM2.65 bilion) yang perlu dibayar,” kata beliau. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori