Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

AKSEM Kedah Rampas Beras...

ALOR SETAR - Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Kedah merampas 68 metrik tan...

Kes Saman Fitnah Najib...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini mencadangkan supaya kes saman fitnah Datuk...

23 Maut Bot Karam...

DHAKA: Sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh dan puluhan lagi hilang selepas sebuah bot dinaiki...

Rasuah: Sarjan Polis Wanita...

ALOR SETAR - Seorang anggota polis wanita berpangkat sarjan tidak mengaku salah di...

Gosip Cerai Kali Kedua, Syanie Akan Jelaskan Bila Tiba Masanya

BARU dua tahun mendirikan rumah tangga, tiba-tiba muncul khabar angin menyatakan pelakon komedi, Syanie, 42, dan suaminya Nadi Putera Mohd Zainal, 29, telah bercerai, awal tahun ini.

Syanie dan suaminya, Nadi Putera dikatakan sudah berpisah awal tahun ini.
Syanie dan suaminya, Nadi Putera dikatakan sudah berpisah awal tahun ini.

Memetik laporan Berita Harian Online, Syanie atau nama sebenarnya Syaniza Hisham bagaimanapun enggan mengulas lanjut khabar angin tersebut namun akan berkongsi juga cerita sebenar apabila tiba masanya nanti.

“Tunggulah masa yang sesuai, nanti saya kongsi. Tetapi kehidupan saya memang okey ketika ini. Saya memang tidak tertekan pun dengan perkara yang tak sepatutnya.

“Kalau ada tekanan sekali pun, ia hanyalah mengenai kerja dan keluarga. Selain itu memang tiada apa-apa. Saya pada masa sama beruntung kerana ada keluarga seperti ibu dan adik yang sentiasa berada di sisi. Tak ketinggalan teman rapat dan pengurus saya,” katanya.


Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 Mac 2014 di Langkawi, Kedah selepas 11 tahun Syanie hidup menjanda.

Terdahulu, Syanie pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd. Attirmidi Abdul pada 1996 dan bercerai pada 2002.  – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori