Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

4 Remaja Cekik Kucing...

LONDON - Empat remaja tergamak mencekik seekor kucing yang sudah mati hingga kedua-dua...

Suri Rumah Ketagih Judi...

MERSEYSIDE, Britain – Seorang suri rumah menanggung hutang hampir £45,000 (RM246,398) kerana menggunakan...

Hanya 3 Lokasi Di...

SUNGAI PETANI - Hanya tiga lokasi di dua daerah di Kedah masih mengalami...

Perkhidmatan Ambulans Tidak Pasang...

LONDON - Penduduk membantah tindakan London Ambulance Service yang memutuskan untuk tidak bunyi...

‘Great Sphinx Of Giza’ Tiruan Kena Roboh Sebab Mesir Marah

CHINA terpaksa merobohkan replika Great Sphinx of Giza selepas menerima aduan daripada kerajaan Mesir bahawa replika berkenaan telah menjejaskan warisan budaya Mesir.

Model replika berkenaan dibina oleh Hebei Great Wall Film Studios dan terletak di Shijiazhuang, di utara wilayah Hebei.

Replika yang dibina pada 2014 itu telah dirobohkan pada 2 April lalu. Ia dibina sama saiz dengan Great Sphinx of Giza yang asal dan berukuran 65 kaki tinggi serta 196 kaki lebar.

Replika yang dibina juga kelihatan sama dengan asal hinggakan hidung Great Sphinx of Giza yang patah beratus-ratus tahun lalu turut ditiru.

4


Ia dibina sebenarnya bagi tujuan penggambaran namun Mesir yang mengemukakan aduan kepada UNESCO pada bulan Mei 2014 memberi alasan, sebarang pembinaan replika seumpama itu perlu dimaklumkan kepadanya, sama ada bagi tujuan penggambaran atau sebaliknya.

Selain itu, kerajaan Mesir juga bimbang replika terbabit akan memberikan tafsiran yang berbeza kepada orang ramai selain menjejaskan industri pelancongan serta perfileman di Mesir.

Replika yang dibina di China itu kelihatan sama dengan asal hinggakan hidung Great Sphinx of Giza yang patah beratus-ratus tahun lalu turut ditiru. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori