Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Seramai 278,590 Polis, Tentera...

KUALA LUMPUR - Seramai 278,590 anggota keselamatan termasuk pasangan masing-masing akan melaksanakan...

70% Peserta SL1M Berjaya...

ALOR SETAR – Sebanyak 70 peratus peserta Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) berjaya mendapat...

Jumlah Besar Penjawat Awam...

KUALA LUMPUR - Saiz perkhidmatan awam yang terlalu besar akan meningkatkan perbelanjaan mengurus...

Positif Dadah, Budak 10...

ALOR STAR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang positif ujian dadah...

Guan Eng Tuduh Malaysia Amal Diskriminasi

KUALA LUMPUR – Pemimpin DAP bersikap melampau apabila mendakwa kononnya terdapat rakyat Malaysia berhijrah ke luar negara kerana negara ini mengamalkan dikriminasi.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut mendakwa rakyat Malaysia terbabit membuat keputusan itu ekoran kemerosotan dalam kedaulatan undang-undang dan penindasan hak kebebasan yang berlaku di Malaysia.

“Ekonomi bukanlah satu-satunya sebab. Sebaliknya kerajaan perlu menangani masalah akar umbi lain yang memaksa ramai mengambil keputusan hidup di luar negara.

“Ia seperti kemorosotan dalam kedaulatan undang-undang, penindasan hak kebebasan, diskriminasi, pencemaran alam sekitar dan tidak menghormati maruah manusia di Malaysia,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian bagi membantah kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang menyifatkan rakyat Malaysia yang menetap di luar negara sebagai tidak patriotik.


Guan Eng merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang yang sedang terpalit dengan dakwaan rasuah membabitkan pembelian banglo di Pulau Pinang.

Guan Eng seterusnya mempersoalkan mengapa Talent Corp. yang antara lain bertujuan membawa balik diaspora tempatan (pekerja berkemahiran tinggi) yang berada di luar negara tidak dimansuhkan. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori