Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Eizlan, Natasha Selamat Bernikah

PUTRAJAYA - Hanya dengan sekali lafaz pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof, 48, selamat...

Tambang Bas Sekolah Mungkin...

Tambang untuk perkhidmatan bas sekolah berkemungkinan dinaikkan bermula sesi persekolahan yang akan bermula...

KJ Tolak Tawaran Jadi...

TOLAK... Bekas calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin menolak pelawaan Presiden UMNO Datuk Seri...

Keputusan UPSR Diumumkan Pada...

PUTRAJAYA - Keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017 akan diumumkan pada...

‘Hafidz Perlu Belajar Hormati Pelakon Lebih Lama’ – Uqasha

NAMPAKNYA drama ‘pergaduhan’ yang berlaku antara pelakon Uqasha Senrose dan Hafidz Roshdi semakin lama semakin panas.

BACA: Hafidz Roshdi Pula Sound Uqasha ‘Ko Dah Kenapa?’

Terbaharu, Uqasha, 24, memberitahu mStar Online, pelakon lelaki yang baharu meningkat naik itu perlu belajar menghormati pelakon-pelakon yang lebih lama dalam industri hiburan.

3-Uqasha-Senrose-Sindir-Hafidz-Roshdi-Takutkan-Tunang-ROTIKAYA-700x368 blogger-image--588543010

Ini kerana heroin Tundukkan Playboy Itu menyifatkan tindakan Hafidz, 22, memberi kenyataan kepada media mengenai tunang aktor itu cemburu sedikit telah memberi persepsi negatif masyarakat terhadap dirinya.

“Saya marah sebab dia beritahu media bahawa tunangnya cemburu dan memetik nama saya pula, ia seperti memalukan tunang dia sendiri dan saya juga dikaitkannya.

“Apa yang ingin dicemburu sedangkan ia hanya lakonan dan drama itu pun sudah habis siarannya.


“Saya muat naik status teguran itu sekali tetapi dia balas tiga kali dan muat naik foto di Instagram yang mengugut untuk jatuhkan saya.

“Namun selepas itu dia padam pula foto itu. Jika betul mahu jatuhkan saya silakan,” katanya.

Dalam pada itu, Uqasha memberitahu, dia sudah beberapa kali cuba menghubungi pelakon tersebut untuk menyelesaikan perkara ini dengan baik namun tidak dilayan.

Oleh itu, Uqasha berharap Hafidz lebih matang dan belajar daripada kesilapan yang dilakukan. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori