Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Rumah Awam Terengganu Perlu...

KUALA TERENGGANU - Semua Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) yang sudah siap dibina...

Netizen Kecam Mia Cium...

SEMEMANGNYA bukanlah mudah untuk bergelar selebriti apabila setiap gerak geri diperhatikan oleh peminat...

Selangor Hanya Import Sisa...

SHAH ALAM – ​​​​​​Kerajaan Selangor tidak berhasrat menghentikan sepenuhnya pengimportan sisa plastik untuk...

FBM KLCI Di Bawah...

KUALA LUMPUR - FBM KLCI kekal di bawah paras 1,600 mata pada sesi...

Halim Othman Kembali Jadi Pengacara TV Selepas 10 Tahun

PETALING JAYA – Penyampai radio Suria FM, Halim Othman bakal kembali buat pertama kali sebagai pengacara televisyen dalam tempoh 10 tahun menerusi program sukan iaitu Planet Sukan.

Halim, 51, berkata, dia teruja diberi peluang tersebut kerana memang menjadi impiannya untuk kembali mengacara tambahan pula dia memang meminati program berbentuk sukan.

“Insya-Allah selepas 10 tahun tidak muncul dalam mana-mana program televisyen sebagai pengacara saya teruja bakal mengendalikan Planet Sukan.

“Sejak dahulu saya memang mengimpikan untuk mengendalikan program berbentuk sukan dan Alhamdulillah akhirnya impian tersebut bakal menjadi kenyataan,” katanya kepada mStar Online.

Halim berkata demikian ketika ditemui pada majlis pengumuman finalis lima terbaik Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) di Menara Star di sini, pada Khamis.

Planet Sukan bakal ke udara secara langsung bermula 6 April ini pada setiap hari Rabu, pukul 9 malam di saluran TV1 RTM.

Dalam pada itu, Halim berkata, meskipun pernah mengacarakan beberapa program sebelum ini termasuk Roda Impian, namun dia tetap berasa gemuruh untuk kembali mengacara.

Halim

Pergelangan tangan kiri Halim patah akibat bermain bola sepak.


Ini kerana kata Halim, dia sedar harapan penonton tinggi terhadapnya memandangkan dia sudah berpengalaman sebagai pengacara sebelum ini.

“Saya pernah mengendalikan Selamat Pagi Malaysia di TV1 pada 1993 tetapi gemuruh ketika itu berbeza kerana saya masih baharu dan tidak dikenali.

“Sekarang situasinya berbeza kerana nama saya sudah pun dikenali dan harapan penonton untuk melihat saya tampil berbeza pasti ada,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai pergelangan tangan kirinya yang patah, Halim berkata, ia berpunca semasa bermain bola sepak baru-baru ini.

“Ketika kejadian saya menjadi penjaga gol dan cara saya menyambut bola yang salah membuatkan pergelangan tangan patah.

“Saya hanya menyedari ia patah ketika melakukan ujian X-ray tetapi keadaan saya kini beransur pulih,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Halim masih mengendalikan segmen Grandstand bersama Naim Tahak pada setiap Sabtu dan Ahad pukul 9 pagi hingga 1 petang di Suria FM. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori