Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Pulau Pasir ‘Bukan Tempat...

PONTIAN - Mungkin ramai tidak mengetahui kewujudan pulau buatan di perairan Tanjung Piai....

38 Mangsa Banjir Di...

JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa yang terjejas akibat banjir di Segamat tidak berubah...

Ehh… Zizan Dan Emma...

TERKEJUT kami mendengar, hubungan cinta antara Zizan Razak dan Emma Maembong yang dikatakan...

Malaysia Perlu Hasilkan Ciptaan...

CYBERJAYA- Malaysia perlu menghasilkan ciptaan baharu bagi pengurusan sisa buangan yang boleh menjana...

Hanya Tinggal Dua Ekor Tapir

Shah Alam – Dalam tempoh 2005 hingga 2013, empat Tapir Malaya mati akibat dilanggar kenderaan di sekitar Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA), di sini.

Selain itu, dua tapir jenis itu dikesan mati akibat tua menyebabkan populasi haiwan itu kini semakin berkurangan daripada lapan keseluruhannya kepada dua ekor saja.

Pengarah TBNSA Selangor Muhammad Gaddafi Denis berkata, pembangunan yang semakin pesat di sekeliling hutan taman botani itu menyebabkan jumlah haiwan berkenaan semakin berkurangan berbanding pada 1996.

“Tidak dinafikan dulu kita masih dapat melihat beberapa tapir merayau-rayau di sekitar taman botani ini, namun sejak pembangunan pesat di sekitar kawasan ini, ia menyebabkan haiwan ini terancam hingga menyebabkan ia tidak berani keluar lagi.

“Kebanyakan tapir yang ditemui mati dilanggar kenderaan di Jalan Batu Arang-Puncak Alam dan kali terakhir dilanggar mati pada 26 Februari 2013.

“Bukit Cerakah adalah habitat Tapir Malaya dan ia dilindungi mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010,” katanya ketika ditemui di Program #SayangMyTapir, di sini, semalam.


Menurutnya, hasrat memulihara haiwan yang semakin pupus itu mendorong TBNSA mengadakan program berkenaan untuk mendidik masyarakat supaya lebih prihatin mengenai keselamatan Tapir Malaya.

Katanya, #SayangMyTapir diangkat sebagai tema supaya generasi muda kenal dan tahu mengenai haiwan terancam itu yang berada dalam negara ini khususnya di Shah Alam.

Melalui program itu, pelbagai aktiviti dibuat seperti pameran, program advokasi, permainan interaktif dan promosi di media sosial. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori