LONDON – Orang ramai menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Jadi‘ kepada Ratu Elizabeth II yang tersenyum sempena ulang tahun kelahirannya ke-90 pada Khamis, meraikannya dengan menyalakan lampu dan disambut sorakan rakyat di jalan raya.
Ratu Elizabeth, yang sudah berada di atas takhta sejak 1952 dan mengemudikan Britain melalui kejatuhan empayarnya, memakai pakaian berwarna hijau dan topi sama warna menerima hadiah, kad dan bunga daripada orang ramai di Windsor.
Ribuan rakyat United Kingdom secara spontan menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Jadi, Ratu Kami.’
Anak sulung baginda dan juga pewaris takhta, Putera Charles, 67, berkata ‘bonda disayangi dan dikasihi’ rakyat ketika menyalakan lampu di luar Istana Castle, barat London.
Ratu Elizabeth II, yang menggantikan moyangnya, Ratu Victoria sebagai pemerintah paling lama Britain, kemudian menghadiri jamuan makan malam yang dihoskan Charles.
Lebih 30 kerabat diraja antara 70 lebih tetamu pada majlis tertutup berkenaan. – AFP/BH ONLINE