Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

PM Sri Lanka Beri...

COLOMBO – Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe memberi keizinan kepada tentera Sri Lanka untuk...

Naik Tol Sg. Nyior,...

BAGI rakyat Pulau Pinang khasnya pengundi di kerusi Parlimen Bagan, mereka tentunya maklum...

Keluarga Dedah Jasad Jacko...

HAMPIR sepuluh tahun disemadikan, kubur raja pop dunia, Michael Jackson yang terletak di...

Penyokong PN-BN Berbalas Sorakan,...

PAGOH - Suasana di pusat penamaan calon di Pusat Konvensyen Hab Pendidikan Pagoh...

Hari Pertama Hantar Ke Pengasuh, Ibu Terkejut Bayi Didera

SEORANG ibu yang baharu mula bekerja tidak menyangka bayi yang ditinggalkan pada rumah pengasuh pada hari pertama bakal didera.

12936664_1708779172667417_908966326215567982_n (1) 1916258_1708779586000709_1727488220148410875_n11245794_1708779616000706_6798654065441417102_n

Menurut ibu mangsa yang dikenali sebagai Kushie Wany ini, kejadian itu diketahui semalam selepas dia pulang mengambil anaknya di rumah pengasuh dan mendapati muka anaknya dipenuhi dengan kesan lebam.

“Hantar pukul 8 pagi tiada calar apa-apa. Ambil jam 5.30 petang muka Nabil habis lebam-lebam,” katanya.

Susulan itu, Kushie dan suaminya telah membawa anaknya, Muhammah Nabil Iman berjumpa dengan pakar kanak-kanak di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan doktor mengesahkan anaknya telah ditampar dengan kuat di pipi.

Lebih menyedihkan, Kushie memberitahu, anaknya kini asyik menangis dan tidak lagi mahu menyusu kerana mulutnya bengkak.


Kushie turut memuat naik beberapa keping gambar muka anaknya yang dipenuhi dengan kesan lebam di akaun Facebook miliknya.

Gambar tersebut menimbulkan pelbagai reaksi netizen, yang rata-ratanya mengecam dan meluahkan rasa marah terhadap pengasuh tersebut.

Sementara itu, Kushie dan suaminya bakal membuat laporan polis berkenaan hal ini. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • bayi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori