Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

BN Selangor Sokong Pengekalan...

SHAH ALAM - Dua belas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional Selangor...

Website Sekolah Seri Puteri...

KALAU tadi ada story mengenai akaun Instagram ahli gimnas negara, Farah Ann Abdul...

Sindiket Penipuan: 152 Warga...

SEPANG - Seramai 152 warga China dan seorang Bangladesh yang ditahan dalam operasi...

Pembantaian Tentera: Etnik Rohingya...

SELEPAS tentangan dunia memuncak pada penghujung tahun lalu, Kerajaan Myanmar mengambil langkah politik...

Hazama Sudah Dapat Petunjuk, Yakin Genervie Calon Isterinya

HUBUNGAN cinta yang terjalin antara penyanyi Hazama dan seorang pemuzik wanita berbangsa Cina, Genervie Kam sememangnya bukan lagi rahsia.

Hal itu membuatkan peminat tertanya-tanya tentang hala tuju hubungan mereka yang sudah memasuki tiga tahun menjalainkan percintaan.

hazama
Hazama

Mengulas hal itu, Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi, 32, berkata, dia tidak mahu terburu-buru dan keputusan untuk mendirikan rumah tangga bukan perkara mudah kerana faktor pegangan agama masing-masing yang berbeza.

“Seperti yang semua sedia maklum kekasih saya bukan beragama Islam, jadi kalau hendak berkahwin bukan boleh ‘tangkap muat’ dan buat keputusan macam itu saja.

“Perkahwinan bukan benda main-main. Walaupun kami sudah saling mengenali antara satu sama lain dan kedua belah keluarga juga memberi restu tapi banyak perkara yang perlu saya dan dia persiapkan sebelum berkahwin,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, penyanyi Penglipur Lara ini mengakui dia yakin Genervie ada calon yang tepat untuk menjadi bakal isteri dan telah mendapat petunjuk Allah SWT.

Jelasnya, dia tidak mahu mendesak teman wanitanya itu dan sedang dalam proses membimbingnya mendalami ajaran Islam.


“Kalau ikut keinginan dan kemampuan, memang saya mahu berkahwin. Lagi pun, kawan-kawan yang rapat dengan saya termasuk Akim Ahmad juga sudah berkahwin jadi tentulah hasrat itu makin membuak-buak.

“Malah, saya tidak pernah putus berdoa kepada Allah meminta petunjuk adakah Genervie orang yang tepat sebagai calon isteri dan jawapannya memang dia.

“Saya yakin dia adalah orangnya dan mahu membimbing dia sebaik mungkin. Saya juga tidak mahu mendesak atau memberikan tekanan kepadanya dalam soal agama jadi biarlah ia berjalan secara berperingkat,” katanya.

Dalam perkembangan terbaharu, Hazama baharu muncul dengan single berjudul Di Amaran Mama ciptaan Ajai dan Ad Samad. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori