Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bahana Api Cemburu Suami...

MASYARAKAT baru-baru ini digemparkan dengan kes seorang lelaki yang juga merupakan kontraktor bertindak...

MB Johor Jawab Isu...

ISKANDAR PUTERI - Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan menjawab...

8 Rumah Musnah Dalam...

KOTA KINABALU - Lapan rumah jenis separuh kekal, musnah dalam kebakaran di Kampung...

Mak Nyah Dibaling Batu...

DUA orang mak nyah telah dibaling batu oleh sekumpulan pendatang dari Arab ketika...

Himpunan Bantah GST: Pakatan Harapan Kutuk PAS

KUALA LUMPUR – Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN), Khalid Abd. Samad seolah-olah mengambil kesempatan untuk mengkritik pemimpin PAS sewaktu menyertai perhimpunan anti-kerajaan di ibu negara semalam.

Beliau ketika berucap pada perhimpunan membantah cukai barang dan perkhidmatan (GST) itu di ibu negara mendakwa Malaysia memerlukan rakyat yang berani membantah dan bukan hanya mahu menasihati kerajaan.

“Rakyat malaysia macam ni yang kita nak. Bukan jenis yang nak beri nasihat kepada pemerintah. Kita (boleh) nasihatkan turun. Kalau tak turun, kita turunkan dia,” katanya.

Video ucapan beliau berdurasi 7.02 minit itu disiarkan di laman Facebook rasmi PAN hari ini.

Meskipun Khalid dalam ucapannya tidak menyebut secara langsung parti PAS tetapi semua sedia maklum pemimpin Pakatan Harapan yang didominasi DAP sering menyindir PAS sebuah parti yang hanya mahu jadi `penasihat’ kepada kerajaan.


Khalid dalam pada itu mendakwa pandangan bahawa orang Islam tidak boleh menjatuhkan sebuah kerajaan merupakan pandangan yang songsang.

Dakwa beliau, Nabi Muhammad S.A.W pernah berpesan “akan datang selepas aku pemerintah yang sesiapa yang membenarkan mereka dalam pembohongan mereka dan membantu mereka dalam kezaliman mereka dia tiada kena mengena dengan aku dan aku tidak ada kena mengena dengan mereka”

“Pandangan yang kata tak boleh jatuhkan hanya boleh nasihat ajaran yang bercanggah dengan tuntutan Islam,” dakwanya. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori