REALITINYA yang putih itu memang nampak cantik, akan tetapi hitam itu juga ada manisnya.
Dalam pada itu, kita sememangnya tidak dapat lari dengan hakikat bahawa manusia itu ada mempunyai sifat pilih kasih.
Bagaimanapun, sifat pilih kasih yang ada dalam naluri manusia ini juga boleh membawa kepada keburukan apabila ada segelintir manusia yang mula berdiskriminasi secara langsung atau tidak langsung sekaligus membawa penganiayaan kepada individu lain.
Antara diskriminasi yang acap kali berlaku, adalah bersifat perkauman.
Sebagai contoh, kisahĆāĆĀ mengenai seorang wanita berkulit hitam berbangsa Afrika yang ingin mendapatkan khidmat teksi ini.
Dek kerana bangsa dan kulitnya yang gelap, dia langsung tidak diendahkan oleh pemandu teksi waima mendapat belas kasihan.
Kisah ini diceritakan oleh seorang lelaki yang secara kebetulan bersama rakannya yang turut sama menunggu teksi.
Menurut lelaki tersebut, wanita tersebut sedang menunggu teksi sambil memikul sesuatu yang berat pada badannya dalam keadaan hujan renyai.
“Teksi tu menghala ke arah aku dan kawan aku. Driver teksi tu buat tak tahu sahaja pada wanita Afrika yang melambai-lambai.
“Aku tunjuk isyarat pada wanita itu.. ‘Kau naiklah dulu kak,’ Tapi driver dalam teksi itu buat isyarat no, no, pastu terus masuk gear berambus ke depan,” katanya.
Tambahnya lagi, wanita itu memandangnya dengan senyuman dan reaksi wajah wanita itu juga dilihat seakan-akan sudah biasa dengan kejadian seumpama itu.
Lelaki itu turut meluahkan rasa bengangnya terhadap individu yang mendiskriminasi terhadap kaum berkulit gelap apabila melihat wanita itu ditindas.
“Adakah yang berkulit gelap itu sesuatu yang hina?” soalnya.
Makanya, jauhilah diskriminasi dan hormat-menghormatilah kaum yang lain. – MYNEWSHUB.CC